Wednesday 20 December 2017

Surabaya Travelicious (Part 5) - Bromo Bakso Kita, Sakapura

Sementara menanti waktu pagi untuk mendaki Gunung Bromo, demi persediaan kendiri, kami sekeluarga mencari dan mencuba hidangan tradisional di kawasan ini, iaitu Bakso.

 

Bromo Bakso Kita ini terletak tidak jauh dari kawasan Bromo Villa (aka Rumah Bromo), kira-kira 6 minit menuruni kawasan yang kami lalu untuk menuju ke Rumah Bromo.

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post lain melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4<<

Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat kandungan Bakso yang disediakan di Gerai Bromo Bakso Kita ini.

~ Bromo Bakso Kita, Sakapura - Kandungan dan Harga ~

 

Di Gerai Bromo Bakso Kita ini hanya menyediakan sejenis hidangan Bakso sahaja yang terdiri daripada Soo Hun (seperti mee hun jernih), Bebola Bakso Daging, Dimsum Goreng dan juga beberapa keropok yang rangup.

 

Nampak seperti biasa sahaja, sehinggakan ada yang tidak mahu makan hidangan seperti ini. Akan tetapi, apabila orang itu sudah mula untuk menghirup sup bakso ini, memang beliau habis memakannya.

Apa yang menambahkan keenakan hidangan ini adalah sos cili yang disediakan di gerai ini. Namun, kepada saya yang tidak biasa dengan hidangan yang ditambah dengan cili ini, makan perut mula memulas.

Harga untuk satu hidangan ini hanyalah berharga 8,000 rupiah sahaja (lebih kurang RM 2.40).

**********

Pencarian makanan di perkarangan kawasan Sakapura ini masih belum tamat kerana Bakso yang disediakan ini tidak dapat memuaskan nafsu makan kami.

Maka, kami meneruskan lagi perjalanan kami untuk mencari hidangan yang lebih berat, iaitu hidangan yang berasaskan nasi. Apa lagi jika bukam Ayam Penyet dan juga Ayam Bakar di kawasan ini.

Nantikan post saya yang seterusnya yang merupakan destinasi kami untuk mencari hidangan yang berasaskan nasi itu. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment