Monday 4 December 2017

PVC DIY Pantry Divider

Bertemu lagi didalam sesi memerah otak untuk menjadi lebih kreatif, terutamanya mencipta peralatan-peralatan yang baru dengan menggunakan PVC paip.

 

Idea ini muncul apabila CEO saya memberikan cadangan untuk membuat pembahagian di bahagian pantry di pejabat saya disebabkan berlaku ketidak-susunan barangan dikawasan ini.

Bagaimana saya membuat pembahagi ini? Jom saya kongsikan.

~ PVC DIY Pantry Divider - Tools and Equipment ~

 

Seperti yang anda sedia maklum, barangan-barangan utama yang perlu ada untuk menjadikan benda yang tidak ada ini adalah seperti diatas.

Paip berbentuk "L", "T" dan "+" adalah wajib ada untuk membentukkan pembahagi ini. Selain daripada jenis-jenis paip, anda perlu ada Gam PVC dan juga Pemotong PVC.

Kuantiti untuk paip berbentuk "L", "T" dan "+" adalah seperti berikut.

Paip berbentuk "L" = 8 unit
Paip berbentuk "T" = 44 unit
Paip berbentuk "+" = 10 unit

Anda boleh sahaja menggunakan paip berbentuk "L", "T" dan "+" ini dengan kuantiti yang sedikit ataupun banyak, bergantung kepada kreativiti masing-masing.


~ PVC DIY Pantry Divider - The Skeleton Structure ~

 

Begitu lah rupa bentuk kerangka yang dilakarkan berdasarkan kepada kehendak pihak atasan. Apabila kerangka sudah dibentuk dan dipersetujui (sebenarnya saya yang bersetuju dengan reka bentuk ini), maka proses pemasangan dijalankan.

 
Pemasangan yang pertama~

 
Pemasangan lengkap tapak~

Nampaknya ada perubahan pada tapak pembahagi berdasarkan kepada reka bentuk asal. Maklum lah, kadang-kadang terpaksa ubah pada saat-saat terakhir.

Selepas itu, proses diteruskan dengan sambungan bahagian atas pula sehingga siap seperti di gambar yang pertama.

**********

Kadang kala kita terpaksa membuat benda-benda yang meningkatkan daya kreativiti dan inovasi untuk memastikan otak kita didalam keadaan yang sentiasa berfikir kehadapan.

Sampai disini sahaja dari saya. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment