Thursday 14 December 2017

Surabaya Travelicious (Part 3) - Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh

Hari kedua kami di Surabaya ini dimulakan dengan pengembaraan ke Gunung Berapi Bromo, namun sebelum tiba di destinasi yang seterusnya, kami singgah sebentar di Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh, terletak di Kawasan Rehat Tongas.

 

Namun, perjalanan kami ke Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh ini sungguh menarik sekali, dipenuhi dengan pengalaman-pengalaman yang sangat berbaloi.

Sebelum saya meneruskan perkongsian ini, kepada anda yang pertama kali membaca post ini, anda boleh terus ke pautan ini >>Part 1, Part 2<<

~ Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh - The Journey ~

 

Perjalanan kami menghala ke Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh ini memakan masa kira-kira 1 jam dan 30 minit sahaja sekiranya mengikut Google Map mahupun Waze, namun perjalanan kami memakan masa lebih dari 2 jam disebabkan kesesakan lalu lintas.

 

Menurut kepada informasi asal, Supir memberitahu bahawa terdapat demonstrasi di perkarangan industri-industri di sekitar Sidoarjo.

 

Setelah menerusi kawasan ini, maka baru kami tahu bahawa ia bukannya sebuah demonstrasi tetapi ianya adalah sebuah aktiviti berjalan kaki (beriadah) oleh persatuan-persatuan guru di kawasan ini.

 

Kami yang teruja pada awalnya (pertama kali ingin melihat demonstrasi di Indonesia) ini akhirnya terkubur dengan titisan air mata darah. Jumpa lagi kalian.

Namun, perjalanan kami sepanjang 2 jam dan 30 minit ini penuh dengan adegan-adegan yang menarik, berlaku didalam Van pengangkutan kami.

 
Berswafoto bersama-sama yang tercinta~

 
Tempat duduk eksekutif Irfan di dalam Van~

 
Mommy Mariam cakap "Tengah buat Pre-Wedding Potrait ke?"~

 
Izzat merampas takhta tempat Irfan bila Irfan bangun~

Maka, perjalanan kami diteruskan setelah tersangkut selama 30 minit di kawasan perarakan ini, dan selamat tiba di Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh.


~ Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh - Lunch Time ~

 

Apabila tiba di Indonesia, sudah semestinya kami mencuba masakan tradisi di sini seperti Ayam Penyet. Kita seringkali merasakan masakan Ayam Penyet ini di Malaysia, namun bagaimana pula rasanya di Indonesia?


~ Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh - Menu dan Harga ~

 

Gambar diatas adalah merupakan menu makanan yang disediakan dan dihidangkan di Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh. Disebabkan kami datang ke Indonesia ini secara berkumpulan, maka makanan yang kami pesan adalah seperti dibawah.

 

~Makanan~
Nasi Puteh = 9 orang makan
Ayam Goreng = 6 ketul
Ayam Bakar = 1 ketul
Sambal Tempe = 2 set
Sambal Terung = 1 set

~Minuman~
Es Teh (Teh O Ais) = 2 Gelas
Air Suam = 3 Gelas
Air Kosong = 2 Gelas
Soda Gembira = 2 Gelas
Kopi Panas = 1 Cawan

 

Penantian kami sementara menunggu makanan sampai juga menyebabkan beberapa rakyat marhain ini menjadi tidak tentu hala akibat kelaparan. Apabila makanan sudah sampai, masing-masing pun serbu.

Harga hidangan yang kami pesan ini adalah berjumlah 209,000 Rupiah (RM 63) sahaja. Murah bukan?

Ayuh saya kongsikan kepada anda rasa setiap hidangan yang kami pesan di Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh ini.


~ Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh - Nasi Puteh ~

 

Disediakan di dalam bekas makanan yang diperbuat dari rotan dan dilapik dengan daun pisang, nasi yang dihidangkan ini memberikan aroma yang menyelerakan.

Nasi yang dihidangkan disini juga tidak begitu mengenyangkan, membuatkan kami menambah dengan banyak sekali.


~ Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh - Ayam Penyet ~

 

Ayamnya agak kecil jika dibandingkan dengan ayam yang kita sentiasa dapati dan perolehi di Malaysia. Kebarangkalian adalah ayam yang bersaiz kecil.

Kering diluar, lembut didalam. Inilah yang menyebabkan ayam penyet ini diminati ramai meskipun isinya sedikit. Rasanya juga agak berbeza dimana terasa kemanisan dibahagian luaran ayam penyet ini.


~ Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh - Ayam Bakar ~

 

Sama seperti Ayam Penyet, Ayam Bakar yang disediakan di Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh ini juga adalah kecil. Namun, sos bakarnya yang kemanisan menyebabkan Ayam bakar ini tidak sekering Ayam Penyet.


~ Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh - Sambal Tempe ~

 

Lain daripada yang lain, sambal tempe ini dihidangkan dengan 2 ketul tempe goreng bersama-sama dengan sambal penyet yang agak pedas.


~ Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh - Sambal Terung ~

 

Berbeza dengan sambal penyet, Sambal Terung ini mengandungi terung yang telah dibakar bersama-sama sambal yang agak unik, seakan-akan seperti sambal belacan.

Namun, saya tidak beberapa gemar akan sambal ini kerana Sambal Penyet ini telah berjaya menawan hati saya terlebih dahulu.


~ Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh - Ulam-ulaman ~

 

Ulam-ulaman yang disediakan bersama-sama dengan hidangan ini adalah timun, daun pudina dan juga beberapa biji tomato.


~ Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh - Soda Gembira ~

 

Soda Gembira yang terkenal di Malaysia ini menjadi minuman saya ketika berada di Warung Lesehan Ayam Goreng Pak H Sholeh. Berbeza dengan di Malaysia, rasa Soda Gembira disini sangat manis dengan kuantiti susunya yang agak banyak.

Sesiapa yang minum air ini, sudah pasti akan meningkat kebarangkalian untuk mendapat penyakit Diabetes.

**********

 

Apabila perut sudah diisikan dengan makanan tempatan, maka kami pun meneruskan perjalanan kami ke Homestay yang kedua, terletak di perkarangan Gunung Bromo.

Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 1 jam ini sudah semestinya satu perjalanan yang menarik bagi kami semua. Rumah ataupun Homestay yang kami duduki pada hari yang kedua juga sungguh menarik.

Nantikan perkongsian saya yang seterusnya pada post yang akan datang. Semoga kita bertemu lagi.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment