Thursday 7 December 2017

Hokkaido Cheese Tart Review

Apabila disebut berkenaan dengan Egg Tart, seringkali kita akan ke kedai-kedai kek dan roti untuk mendapatkannya. Namun, apabila disebut berkenaan dengan Cheese Tart, sudah semestinya saya akan ke kedai Hokkaido Cheese Tart.

 

Hokkaido Cheese Tart ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar seperti IOI City Mall dan Alamanda, menghidangkan beberapa jenis tart yang anda pasti akan suka.

Jom kita terokai jenis-jenis tart yang disediakan disini.

~ Hokkaido Cheese Tart Review - Tart Varieties ~

 

Terdapat lebih kurang 3 jenis tart yang diperkenalkan di Hokkaido Cheese Tart ini; Cheese, Chocolate dan juga Durian. Melihat rupa bentuk Cheese Tart ini sahaja sudah cukup untuk membuatkan saya terliur.

 

Sekiranya Cheese Tart ini mengandungi campuran krim dan Cheese, maka Durian Cheese Tart ini pula mengandungi campuran krim, Cheese dan juga Durian. Gabungan ini mengeluarkan satu keenakkan dan kesedapan yang unik bagi peminat tegar durian.

Namun, harga untuk jenis-jenis tart ini adalah berlainan diantara satu sama lain.


~ Hokkaido Cheese Tart Review - The Taste ~

 

Campuran diantara krim dan cheese di dalam Cheese Tart ini membuatkan cheese yang berada didalam Cheese Tart ini tidak mengeras dan sentiasa dalam bentuk cecair pekat.

Namun, apabila terlalu makan Cheese Tart ini, anda akan cepat berasa muak akibat campuran krim dan juga cheese sebagai inti tart ini.

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment