Thursday 9 November 2017

Package ke Melbourne dengan bajet bawah RM4K seorang

Dengan berbajetkan RM4K, anda boleh pergi ke 23 tempat yang menarik di sekitar Melbourne, hanya dengan menggunakan perkhidmatan daripada Rantau Australia.

 

Rantau Australia menyediakan pakej yang paling menarik, iaitu Private Ground Package, dimana anda boleh pergi ke mana sahaja yang anda ingin pergi. Masa juga anda sendiri yang tentukan, lebih-lebih lagi masa ketika membeli belah.

Anda ingin tahu tempat-tempat yang kami pergi dengan berbekalkan hanya RM4K seorang? Jom saya kongsikan.


~ Melbourne Budget Trip - No 1 : Split Lighthouse Great Ocean Memorial ~

 

Terletak di Great Ocean Road, The Split Lighthouse Great Ocean Memorial ini merupakan salah sebuah rumah api yang kita boleh lawati, disamping melihat keindahan alam semula jadi yang menawan hati.



~ Melbourne Budget Trip - No 2 : Iluka Cafe Apollo Bay ~

 

Cafe ini merupakan persinggahan kami untuk menikmati makanan tengah hari pada hari yang pertama. Makanan tengah hari ini sudah termasuk di dalam pakej.



~ Melbourne Budget Trip - No 3 : Castle Cove ~

 

Castle Cove ini sangat terkenal dimana ianya merupakan titik permulaan pengembaraan pengembara yang suka akan aktiviti yang lasak seperti Mountain Climbing dan sebagainya.



~ Melbourne Budget Trip - No 4 : 12 Apostle's Castle Rock ~

 

Tempat yang terkenal dengan keindahan dan keunikan batu-batu yang dikenali sebagai 12 Apostle. Sekarang, hanya tinggal 8 sahaja yang tersergam kukuh dipukul ombak laut.



~ Melbourne Budget Trip - No 5 : 12 Apostle's Gibson Steps Lookout ~

 

Sebuah lagi tempat dimana anda boleh turun dan melihat 12 Apostle dengan jarak dekat. Akan tetapi, apabila tiba musim sejuk, kawasan ini ditutup kerana ianya menjadi amat licin dan membahayakan pengguna yang lain.



~ Melbourne Budget Trip - No 6 : Port Campbell ~

 

Persinggahan terakhir kami pada hari yang pertama, untuk menunaikan kewajiban sebagai umat Islam. Disamping itu, anda juga boleh memberi makan kepada burung-burung di kawasan ini.



~ Melbourne Budget Trip - No 7 : Taste of Thai ~

 

Tempat kami makan malam pada hari pertama dengan bertemakan masakan ala-ala Thai.



~ Melbourne Budget Trip - No 8 : Lake Mountain ~

 

Kami menghabiskan hari yang kedua ini dengan meluncur di atas salji dengan menggunakan Toboggan. Si kecil sudah semestinya suka dengan aktiviti ini.

-Klik untuk membaca post penuh-


~ Melbourne Budget Trip - No 9 : CBD Kebabs ~

 

Ramai sahabat saya memaksa saya untuk mencuba Kebab di Bandar Melbourne, menjadi penyebab kami sampai di CBD Kebabs ini pada malam yang kedua.



~ Melbourne Budget Trip - No 10 : Queen Victoria Market ~

 

Sebuah lokasi yang membuatkan para wanita menjadi kurang siuman dengan berbelanja seperti tiada hari esok. Sejujurnya, memang murah barangan yang dijual disini.



~ Melbourne Budget Trip - No 11 : Blok M Express ~

 

Lokasi makan tengah hari kami pada hari yang kedua. Namun, kos ini tidak termasuk di dalam kos yang ditanggung oleh Rantau Australia.



~ Melbourne Budget Trip - No 12 : Flinders Street Station ~

 

Terkenal dengan senibinanya, Flinders Street Station ini mempunyai ciri-ciri Barat yang menjadikan ia sebuah bangunan yang unik di Bandar Melbourne.



~ Melbourne Budget Trip - No 13 : Hosier Lane ~

 

Dipenuhi dengan lukisan-lukisan yang cantik, Hosier Lane ini merupakan kawasan dimana artis di dalam bidang lukisan berkumpul dan melukis seni masing-masing.



~ Melbourne Budget Trip - No 14 : Shrine of Remembrance ~

 

Merupakan sebuah muzium yang memamerkan khazanah-khazanah negara, beserta dengan sejarah-sejarah dan peristiwa-peristiwa penting di Australia.



~ Melbourne Budget Trip - No 15 : State Library Victoria ~

 

Sebuah tempat yang menjadi tumpuan pelancong-pelancong serta penduduk tempatan untuk belajar. Terdapat juga aktiviti yang menarik di hadapan Perpustakaan Negeri ini dengan mencabar daya pemikiran anda.



~ Melbourne Budget Trip - No 16 : PitStop Kebabs ~

 

Pada malam yang ketiga, sahabat kami sekali lagi memaksa kami untuk mencuba Halal Snack Pack (HSP). Kali ini, kami mencuba HSP di tempat lain; PitStop Kebabs.



~ Melbourne Budget Trip - No 17 : Brighton Beach ~

 

Terkenal dengan warna-warna setiap rumah rehat di Brighton Beach ini, ianya sudah semestinya menjadi satu tempat yang harus anda lawati.



~ Melbourne Budget Trip - No 18 : Maru Koala and Animal Park ~

 

Terdapat banyak tempat yang anda boleh melihat dan memberi Kangaroo makan, dan salah satu tempat tersebut adalah di Maru Koala and Animal Park.



~ Melbourne Budget Trip - No 19 : Phillip Island Chocolate Factory ~

 

Tempat yang manis dan boleh menyebabkan anda hilang segala keresahan dan kerisauan di hati. Yang paling sedap disini adalah Hot Chocolate buatan sendiri.



~ Melbourne Budget Trip - No 20 : Nobbies Walk ~

 

Melihat matahari terbenam dari Nobbies Walk ini adalah satu pengalaman yang amat berharga bagi kami semua.



~ Melbourne Budget Trip - No 21 : Penguin Parade ~


 

Melihat penguin naik dari laut merupakan satu pengalaman yang amat berharga. Mereka naik satu per satu, dan apabila sudah cukup beberapa ekor, mereka akan berarak pulang ke habitat masing-masing.




~ Melbourne Budget Trip - No 22 : Roza Restaurant Sydney Road ~

 

Nasi Arab Kambing di sini memang menyebabkan anda terasa ingin duduk lama di sini. Dagingnya yang lembut dan berjus boleh membuatkan anda termimpi-mimpi.





~ Melbourne Budget Trip - No 23 : Around Melbourne City ~


 

Kemana sahaja anda ingin pergi, Rantau Australia pasti akan membawa anda. Pernah terjadi kami terpaksa membeli kasut Irfan, dan mereka memang mereka membawa kami ke Mall yang menjual kasut bersaiz kanak-kanak.

Ingin berhenti untuk bergambar, berehat dan bersantai? Sudah semestinya boleh dengan Private Ground Package dari Rantau Australia.


-Klik untuk membaca post penuh-


~ Melbourne Budget Trip - No 24 : Dolma Hotel Moreland Road ~


 

Dengan menggunakan Booking.com, kami dapat menetap di Hotel Budget. Kehadiran hotel ini adalah hanya untuk tidur sahaja, dimana kami lebih banyak meluangkan masa menerokai Melbourne.



**********

4 comments:

  1. Replies
    1. Boleh pergi lagi sekali, tapi kita teroka tempat lain pula. Hehehe~

      Delete
  2. Replies
    1. Pergi ramai-ramai terbukti lebih murah jika ambil pekej ini. Ini disebabkan sewaan kenderaan, hotel dan sebagainya yang boleh dikongsi bersama.. :)

      Delete