Wednesday 29 November 2017

Sate Willy Kajang Review

Seringkali anda mencari kedai sate yang sedap dan lazat, tetapi anda seringkali mendengar Sate Haji Samuri merupakan sate yang sedap.

 

Sejak kemangkatan pengasas Sate Haji Samuri ini, sebuah kedai yang terletak di Ramal Junction telah mendapat perhatian oleh penduduk-penduduk tempatan, terutamanya penduduk di Bangi dan Kajang. Nama kedai ini adalah Sate Willy Kajang. 

Apakah yang menyebabkan sate disini berlainan dengan sate di kedai lain? Jom saya kongsikan.

~ Sate Willy Kajang Review - Location ~

 

Sate Willy Kajang ini mempunyai 2 lokasi (cawangan); dimana cawangan utama adalah di Ramal Junction dan satu lagi di Saujana Impian. Kedua-dua lokasi ini terletak di Kajang.


~ Sate Willy Kajang Review - The Sate ~

 

Harga sate-sate disini sebenarnya mengikut kepada harga pasaran. Pada awal tahun 2017, harga secucuk sate (Ayam dan Daging) hanya 60 sen sahaja.

 

Dan harganya yang terkini sudah mencecah RM 1 untuk secucuk, sama harga dengan Sate Haji Samuri tetapi tiada GST (Sate Hj Samuri ada GST, so mahal sikit).

Kandungan dan kuantiti daging ayam mahupun daging lembu yang dihidangkan disini memang berbaloi jika dibandingkan dengan kuantiti di kedai-kedai sate yang lain.

 

Kuah kacang yang terlalu pekat mahupun tawar secara tidak langsung akan menyebabkan daging sate ini menjadi tidak sedap. Namun, di Kedai Sate Willy Kajang, meskipun kuahnya agak cair, tetapi apabila dicecah dan dimakan memang sedap.

**********

Sampai disini sahaja pengembaraan kami di Bandar Sate, iaitu Kajang. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment