Wednesday, 8 November 2017

My Melbourne Journey (Part 28) - Coffee Time and Returning to Malaysia

31 Ogos 2017 merupakan hari yang terakhir kami berada di Melbourne, menggenapkan 6 hari dan 5 malam kami di sini. Sudah tiba masanya untuk kami beransur pulang ke tanahair yang tercinta.

 

Sambutan kemerdekaan kami pada tahun ini memang meriah, kerana disambut di atas kapal terbang bersama-sama pramugari Air Asia~

Ini adalah post yang terakhir bagi edisi Melbourne. Sekiranya anda ingin membaca post yang sebelumnya, anda boleh ke pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19, Part 20, Part 21, Part 22, Part 23, Part 24, Part 25, Part 26, Part 27<<

~ My Melbourne Last Day - Coffee Time ~


 

Sebelum saya berkongsi perjalanan kami ke Malaysia, terlebih dahulu saya ingin berkongsi dengan anda variasi-variasi kopi yang sedap, hanya boleh didapati di Melbourne (Malaysia tiada kopi brand ini).


1. Melbourne Coffee Time - Barista Bros


 

Kopi kepada segala kopi di Melbourne, Barista Bros. Penggemar kopi pasti akan terpaku dengan kepekatan dan kelazatan kopi Barista Bros ini.

Wonda Coffee? Nescafe? Masih tidak boleh mengalahkan Barista Bros!


2. Melbourne Coffee Time - Dare

 

Seperti namanya, sekiranya anda berani maka anda cuba. Saya sudah mencubanya, dan mengikut kepekatan kopi ini adalah lebih lembut berbanding dengan Barista Bros.

Kelazatan kopi Dare ini masih mendahului kopi-kopi tin di Malaysia.


~ Returning to Malaysia - Getting Ready ~

 

Seawal jam 6 pagi, kami sudah bersiap sedia untuk berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne dimana flight kepulangan kami adalah pada jam 9.30 pagi.

Kepenatan pada hari-hari sebelumnya menyebabkan saya agak sukar untuk bangun, lebih-lebih lagi seawal jam 5.30 pagi waktu Melbourne.


 
 

Izzat dan Irfan sudah semestinya sukar untuk dikejutkan. Maklumlah, sejuk~


~ Returning to Malaysia - Reaching Melbourne Airport ~


 

Menyewa troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne adalah bernilai 4 AUD, dan cuba teka.. Tiada pulangan sekiranya anda menghantar troli ini semula ke kawasannya.

Diharap anda tidak berasa pelik dengan perkara ini~


~ Returning to Malaysia - Together with Air Asia ~


 

Pergi dengan Air Asia, sudah semestinya balik dengan Air Asia juga. Kepenatan Irfan terserlah dimana apabila sudah masuk ke dalam Kapal Terbang, beliau masih lagi tidur.


 

Pada kali ini, kami amat berbangga kerana dapat bersama-sama menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia di atas Bumi Australia~


 
Bila sudah penat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dari atas pentas, maka tiba masanya untuk menjamu hidangan yang kami pesan~


 
 

Perjalanan kami di atas ruang udara ini mengambil masa kira-kira 8 jam, sudah cukup untuk menyebabkan kehuru-haraan di dalam kapal terbang.

Tiada siapa yang sangka ketika ini badan Izzat sudah mula panas (demam).


**********

Percutian kami di Melbourne selama 6 hari dan 5 malam ini memang merupakan salah satu percutian yang banyak memberi pengalaman kepada kami sekeluarga, dengan interaksi bersama-sama dengan rakyat di Melbourne.

Sungguh ketara perbezaan culture yang kami lihat dari Melbourne, bermula dari segi tatatertibnya sehingga lah disiplin di atas jalan raya.

Patutlah ramai rakyat Malaysia datang ke Melbourne ini untuk belajar, bekerja dan ingin menjadi warganegara tetap disini.

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan percutian kami di Melbourne pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

2 comments:

  1. memang kite sangka izzat demam .huhu....

    balik krabi demam.
    balik pulau redang demam.
    balik Melbourne demam.

    setakat tu jela izzat demam.

    sebab 3 tempat tu je izzat HEAVY berjalan dlm umur die setahun tu..huhu..


    nasibaik pergi langkawi masa die sebulan tu cancel.kalau x, xtau la cmne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu Izzat umur 2 bulan lebih dah berjalan ke Penang, ikot papa dia kerja.. Hahaha..

      Delete