Thursday 2 November 2017

My Melbourne Journey (Part 26) - Melbourne's Penguin Parade

Setelah bergegas perlahan-lahan daripada Nobbies Walk, setelah 2 minit di dalam kereta maka kami pon tiba di pintu masuk Penguin Parade yang terletak di Phillip Island.

 

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda sudah semestinya ingin mengetahui cerita perjalanan kami di Melbourne pada post-post yang sebelumnya. 

Anda hanya perlu ke pautan ini untuk melihat post-post yang sebelumnya >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19, Part 20, Part 21, Part 22, Part 23, Part 24, Part 25<<



~ Melbourne's Penguin Parade - Main Entrance ~

 

Di kawasan ini tidak digalakkan sama sekali untuk mengambil gambar, lebih-lebih lagi ketika penguin naik ke rumah masing-masing. Sebelum anda masuk untuk melihat Penguin, anda perlu membuat pembayaran di pintu masuk ini terlebih dahulu.

 

Ini adalah satu peringatan kepada anda yang membawa kenderaan ke Penguin Parade ini. Sekiranya anda ingin keluar dari kawasan ini, anda harus melihat di bawah kenderaan anda terlebih dahulu, kuathir terdapat penguin di bawah kenderaan anda.

Perkara ini pernah terjadi dimana penguin ini tidak dapat mengenalpasti rumah yang mereka duduki dan berjalan dari persisiran pantai sehingga ke tempat letak kenderaan.


~ Melbourne's Penguin Parade - Penguin Lookout ~

 
Gambar dipetik dari Google~

Menurut kepada pihak berkuasa yang menjaga premis ini, gambar tidak dibenarkan sama sekali. Sekiranya anda didapati mengambil gambar (lebih-lebih lagi mempunyai Flash), anda akan didenda.

Antara faktor mengapa mereka tidak membenarkan pengunjung-pengunjung untuk mengambil gambar adalah dikhuatiri Flash tersebut dapat menyebabkan Penguin itu akan mati.

Kami menunggu penguin-penguin ini untuk naik ke pantai adalah satu penyiksaan, dengan tiupan angin sejuk dari laut menyebabkan mulut kami kekeringan.

Pada saat inilah Lip-bum ataupun Vaseline sangat berguna untuk kita.

**********

Saya juga ada mengambil beberapa gambar tanpa Flash, memang tidak nampak penguin-penguin ini. Maka, saya simpan semula kamera saya dan menikmati pemandangan penguin ini naik ke pantai dengan sepenuhnya.

Disini juga anda boleh membeli cenderamata yang tidak dapat diperolehi di mana-mana, termasuk di Queen Victoria Market.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment