Monday 4 September 2017

7 Tips Percutian ke Melbourne ketika Musim Sejuk

Akhirnya sudah tiba masanya untuk memulakan cerita telenovela yang panjang. Perjalanan kami ke Melbourne baru-baru ini sebenarnya disupport seratus peratus oleh isteriku, dan tukang rancangnya adalah Najwa.


 

Perancangan ke Melbourne kali ini dikatakan sebagai hadiah Hari Lahir saya tahun lepas, yang ke 21 tahun.. Ehemm..

Meskipun kami tahu bahawa masa untuk packing barang-barang untuk travel sepatutnya diambil seminggu lebih awal, tetapi dua hari sebelum bertolak baru kami packing segala-galanya.

Apabila last minit, pasti ada benda yang tertinggal. Untuk mengelakkan dari ketinggalan barang akibat last minit packing, saya akan berkongsi dengan anda tips yang boleh memberikan manfaat kepada semua.



Tips 1: Pakaian Musim Sejuk

Terdapat pelbagai koleksi pakaian sejuk di luar sana, tetapi kami memilih Heattech Extra Warm yang dapat dibeli di Kedai UNICLO.

Heattech ini berupaya untuk memerangkap haba yang keluar dari badan dan memastikan badan berada didalam keadaan yang suam.

Akan tetapi, kehadiran Heattech sahaja tidak mencukupi. Dengan berhadapan suhu serendah 4°C di Melbourne kali ini, saya memakai 3 lapisan baju; Heattech, Sweater dan Jacket di bahagian luar.

Heattech ini juga boleh didapati untuk bahagian seluar (lelaki ataupun perempuan) dan juga untuk kanak-kanak.


Tips 2: Barangan Larangan ke Melbourne

Perkara ini sangat penting sekiranya anda ingin ke Melbourne, Australia. Pihak Australia memandang ketat tentang perkara ini dan diharap anda tidak cuba untuk melalukannya.

Yang pertama adalah barangan makanan larangan. Mungkin anda tahu serba sedikit barangan yang sudah sama sekali dilarang untuk dibawa seperti daging mentah, hasil tenusu dan banyak lagi.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, ayuh saya senaraikan satu per satu barangan yang akan ditanya dan anda perlu isi pada Incoming Passanger Card ketika di atas Kapal Terbang.

1. Barangan terlarang seperti Ubat-ubatan, steroids, barangan lucah, senjata api, atau sebarang jenis dadah.
 > Ubat peribadi biasanya tiada masalah tetapi dengan kuantiti yang sedikit.

2. Lebih dari 2250 ml barangan beralkohol, atau 50 batang rokok atau 50g barangan tobacco.

3. Daging lembu atau ayam, ikan, seafoods, telur, susu, buahan ataupun sayuran yang mentah.
 > Produk yang telah diproses biasanya tiada masalah.

4. Barangan berkaitan dengan pokok seperti biji benih, kekacang, bahagian dari tumbuh-tumbuhan, dan lain-lain.


Sekiranya anda tidak pasti, anda seharusnya menanda "YA". Jika anda membawa barangan diatas juga, anda juga harus menanda "YA".

Jangan seludup ataupun membohong, sekiranya ditangkap oleh pihak di sana, maka denda yang dikenakan agak tinggi. Orang Australia sangat jauh berbeza dengan kita dari segi ketegasan, so beringat-ingatlah ya?


Tips 3: Makanan Halal di Melbourne

Anda tidak perlu risau tentang makanan yang Halal di Melbourne sebab memang banyak makanan tersebut di sini.

Tempat yang kami duduk, Dolma Hotel yg terletak di Moreland Road pun dipenuhi dan dikelilingi dengan Restaurant Halal.

Tidak perlu risau tentang makanan halal ataupun membawa makanan dari Malaysia, sebab banyak jenis makanan yang anda boleh makan disini.


Tips 4: Bagasi ke Melbourne

Setiap kali kita travel ke luar negara, sudah semestinya anda ingin membawa balik survenior pulang, sama ada makanan ataupun cenderamata.

Di sini saya sarankan supaya kandungan bagasi di kurangkan ketika ke negara yg bermusim sejuk ini.

Saya ke Melburne hanya berbekalkan dengan 1 pasang HeatTech, 1 seluar jalan, 3 baju tidur, 1 baju sejuk, dan 3 pasang stokin sahaja.

Badan saya di musim sejuk ini jarang berpeluh, maka bilangan baju diatas sudah mencukupi.


Tips 5: Kadar Pertukaran Mata Wang

Ini adalah benda yang amat penting untuk berurus-niaga di Melbourne yang menggunakan matawang AUD.

Matawang kita, MYR, tidak menentu sejak akhir-akhir ini, menyebabkan pertukaran matawang MYR ke AUD melambung tinggi sehingga 1AUD = 3.5MYR.

Perancangan awal untuk menukar matawang AUD sangat penting, dimana anda boleh mendapat jauh lebih murah iaitu 1AUD = 3.2MYR.

Anda harus meneliti setiap hari berkenaan dengan kadar matawang ini untuk mendapatkan kadar yang menguntungkan.


Tips 6: Convert ke MYR

Sudah menjadi naluri setiap pengunjung ke negara luar dengan menukarkan harga AUD ke MYR setiap kali ingin membeli barang.

Sekiranya anda masih berfikir sedemikian, adalah disarankan supaya anda duduk sahaja di Malaysia dan travel lah mengelilingi Malaysia sahaja.

Sudah semestinya barangan disini mahal, kadang kala jauh lebih mahal dari harga di Malaysia. Tetapi anda harus ingat bahawa tangga gaji pekerja di Melbourne tidak sama dengan di Malaysia.

Bagi rakyat Australia, barangan di sini adalah lebih murah berbanding dengan tangga gaji mereka. 

Maka, sekiranya anda ingin membandingkan harga, anda kena membandingkan harga dan tangga gaji di Australia dan juga di Malaysia.

Tetapi, bergantung juga kepada anda samaada ingin convert atau tidak. Air mineral 6 pack 1.5L dengan harga 3AUD? MURAH!!


Tips 7: Package Travel

Banyak yang mengambil package travel agent yang terdapat di Malaysia, namun terdapat juga package Ground Transport yang terdapat di Tanah Melbourne itu sendiri.

Sepanjang 6 hari 5 malam di Melbourne, kami mengambil Ground Package di Melbourne itu sendiri, terdiri dari student-student Malaysia yang membuat part time travel ini.

Kami dijemput, dibawa mengelilingi Melbourne dan dihantar semula ke airport melalui package ini.

Berbeza dengan package yang ditawarkan oleh travel agensi, Ground Package ini adalah lebih privasi, dan anda sendiri yang menentukan masa pergerakan dan perjalanan anda di Melbourne.

Ingin berhenti untuk berehat, buang air atau singgah untuk membeli makanan dan minuman di kedai? Tiada masalah dengan Ground Package!


**********

2 comments:

  1. Assalamualaikum, boleh saya dptkan ground agent yg terdiri dari students Msia di Melbourne? Tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Anda boleh search FB page mereka yang diberi nama "Rantau Australia".

      Delete