Monday 11 September 2017

My Melbourne Journey (Part 3) - Split Lighthouse Great Ocean Memorial

Memasuki hari yang kedua setelah kami tidur semalaman di Dolma Hotel, aktiviti meneroka Tanah melbourne ini membawakan kami menghala ke Great Ocean Road.

 

Tempat persinggahan kami yang pertama adalah "The Split Lighthouse Great Ocean Memorial", kira-kira 2 jam 30 minit dari Dolma Hotel.

Mungkin ada dikalangan anda pertama kali membaca post ini, dan ingin membaca post yang sebelumnya, anda boleh klik pautan ini >>Part 1, Part 2<<

Tanpa membuang masa, jom saya berkongsi pengalaman pertama kami untuk memulakan hari yang baru di Melbourne Australia.

~ My Melbourne Journey - Jet lag ~

 

Waktu tempatan menunjukkan jam 6 pagi (4 pagi waktu Malaysia) dan sudah terang benderang di luar hotel. Disebabkan semalam tidur jam 12 tengah malam waktu tempatan, memang sangat susah untuk menggerakkan selimut yang menutupi badan saya.

Hanya lelaki sahaja yang mengetahui beban yang ditanggung ketika ini. Huhuhu..


~ My Melbourne Journey - Off to Great Ocean Road ~

 

Kami bertemu dengan sahabat kami di hadapan Hotel, dan terus bergerak menghala ke Great Ocean Road yang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.

Meskipon agak jauh, tetapi pemandangan yang pihak tempatan tawarkan amat berharga. Pemandangan yang indah, penuh dengan kehijauan dan haiwan-haiwan ternakan di sepanjang perjalanan kami.

 
 

Yang paling best sekali, anakanda berdua ni langsung tidak bangun dari tidur daripada Dolma Hotel lagi. Mengalahkan papa dia punya Jet Lag. Huhuhu..

Tidak mengapa, bagi mereka berehat dulu. Bangun awal nanti susah nak kawal pula. Huhuhu..


~ My Melbourne Journey - Split Lighthouse ~

 

Setelah perjalanan yang tenang selama 2 jam 30 minit, akhirnya kami selamat tiba di destinasi yang pertama; The Split Lighthouse Great Ocean Memorial.

Cuaca di tempat ini pada hari ini adalah lebih kurang 14 darjah celsius. Meskipun ianya lebih sejuk dari aircond di rumah (minimum suhu 16 darjah celsius), tetapi tamparan angin yang kuat menampar muka kami menyebabkan ia menjadi lebih sejuk dari biasa.

Di Malaysia, antara salah satu Lighthouse yang kita boleh lawati adalah Altingburg Lighthouse di Bukit Malawati, Kuala Selangor tetapi suasananya sangat berbeza dengan lighthouse di Great Ocean Road.

 
Sejuk sangat sampai dapat Parkingson~

Di bahagian belakang Split Lighthouse ini terdapat lorong-lorong tikus yang membolehkan anda untuk ke tebing bukit dan menikmati pemandangan yang indah membelakangi lautan yang kebiruan yang cantik.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil di tebing bukit Split Lighthouse ini. Enjoy~

 
 
Family portrait. Nasib baik cuaca cerah, kalau gelap mesti saya tidak kelihatan~

 
Aksi romentik. Kesian Izzat tersepit~


 
Gambar Irfan dengan Nenda~

 
 
Aksi Izzat dengan Nenda~

 
Berselfie dengan sahabat kami, Effani yang bawa kami meronda-ronda Great Ocean Road~

 
Sesi mengacau Najwa mengambil gambar~

 
Izzat yang menangis bukan disebabkan kesejukkan, tetapi disebabkan tangannya ditutup~


 
Aksi solo Najwa~


 
Pemandangan Split Lighthouse dari tebing bukit~


 
3 gadis melayu terakhir di Melbourne?


 
3 pasangan bergambar bersama-sama~


~ My Melbourne Journey - Other Buildings ~


 

Terdapat beberapa bangunan yang unik di kawasan persekitaran ini. Salah satunya adalah Willows Tea House yang terletak di pintu masuk ke Split Lighthouse.



Meskipun ianya merupakan bangunan yang berasaskan kayu, tetapi penduduk di sini menjaga rumah-rumah seperti ini dan ada diantara mereka menjadikannya sebagai kedai.


 

Terdapat banyak juga penginapan privasi (Private Residence) yang dimiliki oleh penduduk tempatan mahupun pedagang-pedagang yang datang berdagang di sini suatu ketika dahulu.

Amat berbeza dengan suasana di Malaysia, kawasan-kawasan seperti ini dijaga kebersihannya dan memang jarang nampak sampah-sarap di sepanjang perjalanan kami.


~ My Melbourne Journey - Towards our next Destination ~


 

Setelah lebih kurang 45 minit mengambil gambar dan menikmati keindahan scenery di Split Lighthouse Great Ocean Memorial ini, kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke Apollo Bay pula.

Perjalanan ke Apollo Bay ini agak mencabar, dan akan saya kongsikan dengan anda semua pada post yang akan datang.

Sampai disini sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Jumpa anda semua di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment