Monday, 25 September 2017

My Melbourne Journey (Part 9) - Lake Mountain Part 1

Pada hari yang kedua kami di Melbourne Australia ini, kami sekeluarga dibawa untuk bermain salji di Melbourne ini. Lokasinya adalah Lake Mountain, Melbourne.

 

Perjalanan kami dari Dolma Hotel mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit untuk sampai di Lake Mountain.

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8<<.

~ My Melbourne Journey - Off to Lake Mountain ~

 

Pada hari yang kedua, kami sekeluarga bertolak ke Lake Mountain dari hotel kira-kira jam 9 pagi. Memang mencabar untuk bangun pagi, lebih-lebih lagi kami yang membawa anak-anak kecil ini.

 

Pemandangan mendaki Lake Mountain ini semestinya satu pengalaman yang menarik dimana anda boleh melihat pokok-pokok yang tinggi-tinggi seperti didalam cerita Twilight.

Memang membuatkan anda terpegun dengan keindahan ini~


~ My Melbourne Journey - Marysville ~

 

Kami selamat tiba di Masysville pada jam 11.15 pagi, dimana kawasan ini anda boleh menyewa peralatan-peralatan untuk bermain salji, slide mahupun meluncur.

Kadar sewaan pula berbeza-beza mengikut peralatan yang disewa. Antara kadar sewaan adalah seperti dibawah.

 
 

Memang kedai di sini menyediakan peralatan yang lengkap kepada pengunjung-pengunjung yang ingin bermain salji di puncak Lake Mountain ini.

Ingin tahu betapa banyak peralatan yang disediakan? Saksikanlah~

 
 
 
 
 

Ramai pengunjung yang datang di sini untuk menyewa peralatan salji, dan ada juga yang membeli peralatan-peralatan salji disini bergantung kepada keperluan dan kehendak masing-masing.

 

Di sini, kami hanya menyewa toboggan, slaid salji yang digunakan untuk meluncur dari tempat tinggi. Ingin tahu bagaimana rupa bentuk toboggan ini, boleh saksikan di post yang akan datang.


~ My Melbourne Journey - Towards Lake Mountain ~

 

Setelah selesai berurus-niaga di Marysville, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke puncak Lake Mountain. Setelah kira-kira 20 minit dari Marysville, kami akhirnya bertemu dengan salji pertama kami.

 

Untuk pertama kali dalam kehidupan yang kerdil ini, akhirnya saya menjadi orang yang pertama untuk memegang salji sewaktu perjalanan naik ke Lake Mountain. Yang lain dipaksa untuk duduk di dalam kereta. Hahaha~


~ My Melbourne Journey - Lake Mountain Checkpoint ~

 

Ini adalah merupakan checkpoint yang terakhir sebelum kami tiba di puncak Lake Mountain, iaitu Lake Mountain Alpine Resort Checkpoint.

 

Terdapat bayaran dikenakan sekiranya anda ingin memasuki kawasan ini. Harganya pula saya tidak pasti kerana sahabat kami ini merahsiakan harganya, katanya ingin belanja kami sebab datang ke sini.

Yang paling tidak tahan, sahabat kita ini siap sempat lagi mengorat cashier di checkpoint ini. Hahaha~


~ My Melbourne Journey - Reaching Lake Mountain ~

 

Setelah hampir 3 jam 30 minit perjalanan di dalam kereta, termasuk sekali berhenti untuk mengisi minyak, perut dan menyewa peralatan salji, tepat pada jam 12.30 tengah hari waktu tempatan, kami selamat tiba di Lake Mountain.

 

Perhentian kami pada hari ini adalah di Lake Mountain Alpine Resort, berada di kawasan pergunungan Lake Mountain. Suhu pada waktu ini adalah -1 Darjah Celsius, dibawah takat beku.

**********

Adakah anda ingin tahu apakah aktiviti yang kami lakukan disini?

Semuanya akan saya kongsikan pada post yang seterusnya.

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan perjalanan kami menghala ke Lake Mountain ini.

Jumpa lagi di post yang akan datang. 

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment