Friday 8 September 2017

My Melbourne Journey (Part 2) - Dolma Hotel Moreland Rd

Ketika kami berada di Melbourne selama 6 hari dan 5 malam, kami telah menginap di sebuah Hotel Budget yang terletak di Moreland Road, Melbourne.

Dolma Hotel ini dibooking dengan menggunakan aplikasi Booking.com yang memudahkan kami untuk memilih pelbagai variasi hotel di Melbourne ini.

 

Kepada anda yang pertama kali membaca post ini dan anda ingin membaca post yang pertama, anda boleh klik pautan ini >>Part 1<<

Di luaran Dolma Hotel ini kelihatan agak kusam sekiranya dibandingkan dengan Hotel-Hotel yang ada di Malaysia. Tetapi anda pasti akan terkejut dengan suasana dan perkhidmatan yang mereka sediakan.


~ My Melbourne Journey - Operation Hour ~

 

Berbeza dengan Hotel Budget di Malaysia, reception hotel di sini hanya dibuka untuk masa-masa yang tertentu sahaja, dan bukannya dibuka 24 jam.

Hotel ini sebagai contoh, receptionnya dibuka bermula seawal jam 6 pagi dan ditutup pada jam 11 malam waktu tempatan.


~ My Melbourne Journey - Australian Hotel Rules ~

Perkara ini sangat penting kepada anda yang ingin membuat tempahan hotel di persekitaran bandar Melbourne Australia.

Menurut kepada pemilik Dolma Hotel ini, bilangan penginap yang menginap di setiap hotel di Melbourne ini sangat ketat. Sebagai contoh, kami datang dengan 4 orang dewasa, dan 2 kanak-kanak. 

Mereka memberitahu kami untuk mengambil bilik yang mempunyai 5 buah katil daripada 4 buah katil kerana Irfan (anak sulong) sudah dianggap memerlukan sebuah katil yang berasingan.

Memang jauh berbeza dengan hotel-hotel di Malaysia.


~ My Melbourne Journey - Room with 3 Beds (4 persons) ~

 

Pada hari pertama, pihak pengurusan hotel menyediakan bilik yang mempunyai 3 buah katil; 2 katil single dan 1 katil queen size.

Bau yang harum menjemput kami sekeluarga untuk menikmati kenyamanan bilik ini, dan menenagkan hati untuk memulakan hari yang baru.

Berikut adalah peralatan-peralatan lain yang disediakan bersama didalam bilik ini.

 
Meja dan kerusi untuk berehat~

 
Restroom yang sangat bersih; mempunyai air panas dan air sejuk mengikut pilihan anda~

 
Ruangan penyimpanan bagasi yang luas~

 
Microwave Oven atas belas ehsan pihak pengurusan~


~ My Melbourne Journey - Room with 4 Beds (6 persons) ~

 

Pada hari yang kedua sehingga hari yang keenam, kami berpindah ke bilik yang mempunyai 4 buah katil; 2 katil single dan 2 katil queen size.

Namun, pemindahan ini bukannya percuma dimana kami terpaksa membayar tambahan 20 AUD setiap hari (100 AUD untuk 5 hari).

 

Berbeza dengan suasana di bilik sebelumnya, bilik ini tidak disediakan kerusi dan meja tetapi mereka menyediakan meja yang boleh dilipat seperti di dalam gambar.

Ruangan penyimpanan barang juga agak sempit dimana mereka menyediakan almari untuk menyimpan barangan-barangan ataupun bagasi-bagasi yang kami bawa.

Menurut Isteri saya, pada hari ketiga sehingga hari kelima, bau bilik ini tidak beberapa harum seperti bauan asal. Kebarangkalian mereka tidak menyembur bilik ini dengan pewangi. 

Tetapi bagi saya ok sahaja semuanya...


~ My Melbourne Journey - MiniCards ~

 

Untuk first timer, Mini Cards ini merupakan salah satu kaunter informasi yang anda boleh lihat dan baca berkenaan dengan Melbourne itu sendiri.

Mini Cards ini dipenuhi dengan informasi-informasi yang sangat berguna kepada pelawat yang pertama kali datang ke Melbourne seperti kami sekeluarga.

Saya tidak berapa pasti samaada di hotel yang lain ada Mini Cards ini ataupun tidak, tetapi di Dolma Hotel memang ada!

**********

Tamat sudah perkongsian kami berkenaan dengan Dolma Hotel, Hotel budget yang kami pilih sepanjang percutian kami sekeluarga di Melbourne Australia ini.

Post yang seterusnya akan menceritakan perjalanan kami sepanjang 4 hari penuh di Melbourne Australia ini, tetapi akan dipeca-pecahkan mengikut kawasan dan tempat.

Saya juga akan menceritakan tentang makanan-makanan yang Halal, yang dibawa oleh sahabat-sahabat kami yang masih belajar di Melbourne.

Nantikan post saya yang akan datang, yang penuh dengan panorama-panorama menarik, unik dan juga menghiburkan hati.

Bubbyeee~~~~~

1 comment:

  1. Hari lain ok.hari ke 3 je bucuuuuk hapak.
    Hari lain wangii

    ReplyDelete