Thursday 7 September 2017

My Melbourne Journey (Part 1) - To Melbourne Airport

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga telah memanjangkan kaki ke Melbourne, Australia untuk merasai musim sejuk dan salji itu sendiri.

 

Pada post ini, saya akan berkongsi pengalaman kami dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) sehingga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne Australia.


Bagi AirAsia, jumlah penerbangan ke Melbourne Australia hanya 2 kali sehari sahaja, dan kami mengambil penerbangan pada jam 10.15 pagi. Satu lagi penerbangan adalah pada waktu malam.


~ My Melbourne Journey - Check-in Counter ~

Perancangan kami ini walaupun sudah lama dirancang, namun masih kelam kabut terutamanya sehari sebelum masa penerbangan. 

Masa itu lah baru terperasan yang taxi belum booking, barangan belum packing sepenuhnya dan lain-lain. Kasut Irfan juga tertinggal dirumah, dan sedar bila sudah sampai di KLIA2. Huhuhu~


 

Bilangan barangan yang kami bawa tidak banyak; 2 Beg Besar, 3 Beg Tarik (Cabin Beg), 1 Travel Backpakers 60L, 1 Stroller dan 1 Beg Sandang Belakang.

Sudah semestinya apabila berjalan dengan anak kecil, baby wipes dan beberapa pampers adalah penting untuk dibawa masuk ke dalam kabin.


~ My Melbourne Journey - Security Check Point ~



Ketika di checkpoint nombor 2 di KLIA2, anda dikehendaki menanggal sebarang sweeter dan peralatan yang mempunyai besi seperti jam tangan, dompet dan seumpama dengannya.

Disini, sekiranya anda memakai kasut boot, anda juga harus membukanya untuk di scan. Perkara ini dianggap normal kerana mereka khuatir kita membawa dan menyimpan peralatan yang tajam di dalam boot ini. 


~ My Melbourne Journey - Flying to Melbourne ~


 

Bila sudah selesai segala pemeriksaan di check point, sudah tiba masanya untuk menaiki kapal terbang. Jarak Gate Pelepasan Antarabangsa ini memang sangat jauh jika dibandingkan dengan jarak Gate Pelepasan Domestik.


 

Sekiranya anda pertama kali untuk travel ke luar negara menaiki AirAsia, saya menyarankan anda untuk tiba sekurang-kurangnya 2 jam lebih awal di KLIA2 untuk pendaftaran luggage, pemeriksaan keselamatan dan lain-lain.


 

Penerbangan ke Melbourne Australia yang mengambil masa lebih kurang 8 jam ini sudah semestinya akan menyebabkan anda tidak tahu ingin buat apa-apa, kebarangkalian aktiviti yang paling menyeronokkan adalah tidur.


 
 

Namun selain dari tidur, aktiviti kedua yang paling best di dalam kapal terbang adalah makan! Hidangan untuk penerbangan seperti ini biasanya akan dihidangkan sebanyak 2 kali.


 

Kali pertama selepas 2 jam kapal terbang berlepas dan hidangan yang kedua kira-kira 3 jam sebelum kapal terbang mendarat. Namun, anda boleh meminta untuk kesemua hidangan dihidangkan pada masa yang sama seperti kami.


 
 

Selain dari itu, anda juga dikehendaki untuk mengisi Pass Kemasukan Pelawat yang diagihkan di atas kapal terbang. Disebabkan kawalan yang ketat di Melbourne, kesalahan yang kecil ketika mengisi pass tersebut mungkin tidak diterima.


 

Cuba lihat betapa peritnya saya mengisi semula pass lawatan ini disebabkan beberapa kesalahan yang kecil. Sengsara woo..


~ My Melbourne Journey - Australia above the Skies ~


 

Penerbangan pada waktu pagi adalah amat menarik dimana anda boleh melihat dengan sendirinya Bumi Australia dari pemandangan atas kapal terbang.


 

Sekiranya anda pertama kali datang ke Australia melalui Melbourne Route ini, dan sekiranya anda suka tidur di dalam kapal terbang, anda pasti akan ketinggalan pemandangan Great Desert yang dapat dilihat di Australia ini.

Pemandangan ini boleh dilihat selepas kira-kira 5 jam berlepas dari Malaysia. Sungguh terpegun saya melihat keluasan gurun di Australia ini.


 

Perbezaan waktu diantara Malaysia dan Australia, lebih-lebih lagi di Melbourne adalah 2 jam dimana Australia adalah 2 jam lebih awal dari Malaysia. 


 

So, selepas 6 jam berada di atas kapal terbang, anda boleh melihat suasana matahari terbenam di Bumi Australia ini. Sungguh cantik~


 

Apabila hampir sampai ke destinasi, pemandangan dari luar kapal terbang menampakkan bandar Melbourne yang terancang, jauh sekali perbezaan dengan bandar Sydney Australia. 

Memang kelihatan sangat cantik dengan lampu-lampu jalan raya dan lampu-lampu dari bangunan-bangunaan di bandar Melbourne ini.


~ My Melbourne Journey - Melbourne Airport ~

 

Sebaik sahaja tiba di Melbourne Airport, sudah tentu anda harus ke Pusat Imigresen Melbourne sebelum meneruskan urusan yang seterusnya; bergerak ke Hotel. Maklum lah, masa ketibaan di Melbourne adalah jam 8 malam (Melbourne Time).

Melbourne Airport ini agak pelik sedikit sekiranya anda pertama kali datang ke sini. Selepas melalui Imigresen (orang kata kaunter nombor 4 tu garang, tapi kami dapat kaunter itu dan baik saja dier), sudah semestinya anda akan mengambil bagasi anda.


 

Untuk bagasi yang berdaftar (orang kata bagasi yang masuk di bawah kapal terbang), anda boleh mengambilnya di Carousel diantara nombor 1 - 7. Sila baca papan kenyataan elektronik untuk mengetahui carousel penerbangan anda.


 

Namun, untuk bagasi yang sangat besar melebihi saiz yang telah ditetapkan, anda boleh mengambilnya di Oversize Baggage, terletak dibelakang Carousel Nombor 6. 

Kami juga pernah terkena meletakkan stroller cabin size di luar Kapal Terbang sebelum memasukinya di Malaysia. Akibatnya, kami terpaksa menunggu hampir satu jam sebelum stroller itu dikeluarkan.


 

Inilah dia pemandangan Melbourne Airport di waktu malam, kira-kira jam 10 malam waktu Australia. Sangat elegen dengan tiang bendera yang berkibar-kibar di hadapannya.

Tetapi banyak sangat bendera dihadapan Melbourne Airport ini..


~ My Melbourne Journey - Suhu Malam 26 Ogos 2017 ~


 

Suhu yang menyambut ketibaan kami di Melbourne pada masa ini adalah mencecah 8 Darjah Celsius. Memang sangat sejuk dengan pukulan angin yang agak kuat ke bahagian badan.


**********

Begitulah pengalaman kami terbang ke Melbourne Australia dengan menaiki AirAsia. Ini adalah permulaan kepada perjalanan kami yang penuh dengan halangan, rintangan serta cabaran yang menanti kami sepanjang 6 hari di sini.

Nantikan post saya yang seterusnya.

Sampai disini dahulu dari saya. Jumpa lagi di post yang akan datang. 

Bubbyeee~~~

3 comments:

  1. Wah, bestnye dapat jalan2 di Aussiee..x sabar tuk cerita seterusnye..hehe

    ReplyDelete
  2. cepat up lagi! tak sabar nak bacaaa akakakakkaa

    ReplyDelete