Thursday, 29 March 2018

Yogyakarta Special Edition (Part 4) - Eastparc Hotel, Yogyakarta

Setelah berpusing-pusing mengelilingi Candi Prambanan, serta menikmati juadah makan tengah hari yang mahal, maka kami meneruskan perjalanan menghala ke hotel yang kami duduki; Eastparc Hotel, Yogyakarta.

 

Eastparc Hotel yang terletak di Yogyakarta ini merupakan Hotel bertaraf 5 bintang, dimana harga bilik untuk satu malam adalah lebih murah berbanding dengan Hotel bertaraf 5 bintang di Malaysia.

Dengan harga 830,000 Rupiah (bersamaan dengan RM 250.00) sebilik untuk satu malam, bagaimanakah keadaan dan juga perkhidmatan yang disediakan di Eastparc Hotel ini?

~ Eastparc Hotel, Yogyakarta - Drop-off Zone and Main Lobby ~

 

Kawasan drop-off hotel ini agak luas jika dibandingkan dengan hotel-hotel yang lain, dan di setiap pintu masuk hotel ini mempunyai scanning area di hadapannya.

 

Sementara menanti bilik siap (check-in adalah pada jam 3 petang), anda boleh duduk di kawasan lobi utama yang sungguh tenang dengan aroma bunga-bungaan yang dapat dihidu di sekitar lobi utama ini.

Pihak hotel juga menyediakan Welcoming Drinks kepada para tetamu yang menanti di persekitaran lobi utama.


~ Eastparc Hotel, Yogyakarta - The Room ~

 

Bilik yang kami dapat dan tempah di Eastparc Hotel, Yogyakarta adalah Double Single Bedroom. Bilik ini memang bersih, serta terdapat bau bunga-bungaan ketika saya masuk ke dalam bilik ini.

Berikut merupakan beberapa gambar yang diambil berkenaan dengan bilik ini.

 
 
Ruangan luar bilik atau beranda~

 
 
Bilik air atau kamar kecil~

 
 
Ruangan untuk bekerja~


~ Eastparc Hotel, Yogyakarta - Breakfast Area ~

 

Sekiranya anda mengambil pekej bersama-sama dengan sarapan pagi, maka anda boleh menghala ke kawasan Lobi Utama dari bilik, dimana ianya terletak di sebelah kanan sebelum memasuki kawasan lobi utama.

 

Di sini, anda boleh menikmati makanan fusion, menggabungkan makanan tradisional dan juga makanan hotel.

**********

Kami menginap hotel ini selama satu malam sahaja, dimana pada keesokkan harinya kami menghala ke Jakarta pula.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpe lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment