Wednesday, 14 March 2018

Chilis Mexican Food Review

Hampir setiap tahun, kami sekeluarga pasti akan menjejakkan kaki ke Restaurant Chilis, merupakan salah satu restaurant yang menyediakan masakan ala-ala Mexican di dalam Malaysia untuk memenuhi citarasa perut dan nafsu yang membuak-buak.

 

Restaurant Chilis ini tidak banyak didapati di sekitar Malaysia, hanya ada pada pusat-pusat membeli belah yang besar seperti KLCC, Gurney Plaza Penang dan lain-lain.

Dengan bermotokan Lisensed to Grill, ini bermaksud bahawa restaurant ini mempunyai lesen untuk memanggang. Jom kita lihat menu yang menarik telah kami rasa, dan sentiasa akan kami pilih ketika datang ke restaurant ini.

~ Chilis Mexican Food Review - Kids Meal ~

 

Di Chilis, hidangan makanan untuk kanak-kanak adalah berbeza dengan restaurant yang lain. Dengan hanya RM 9.95, anda boleh memilih sehingga 12 jenis makanan dan juga 12 jenis minuman. Apa yang lebih menarik, semua minuman adalah "Bottomless".

Senarai 12 jenis makanan dan 12 jenis minuman untuk hidangan Kids Meal ini adalah seperti dibawah.

Hidangan Kids Meal
Gorilla Cheese Sandwich and Fries
Grilled Chicken Platter and Veggies
Macaroni and Cheese
Little Chicken Crispers and Fries
Hot Diggity and Fries
Little Mouth Burger and Fries
Cheese Pizza
Country-Fried Chicken Crispers and Fries
Grilles Chicken Sandwich and Fries
Cheese Quesadilla
Fish and Chips
Yummy Drummy's and Fries


Hidangan Minumam Kids Meal (Bottomless)
Fountain Drink (Soda)
Coca-Cola
Coca-Cola Zero
Sprite
Fanta Grape
Minute Maid Orange
Fruit Juices (Apple, Green Guava, Mango, Orange, Pineapple)
Milo
Lemonade
Grapeade
Ice Lemon Tea
Dutch Lady Milk



 
Kids Meal : Fish and Chips~

Hidangan Kids Meal ini menjadi lebihh menarik apabila kanak-kanak dibawah umur 12 tahun dapat makan dengan percuma di Chilis, tetapi terdapat syarat-syarat yang perlu diikuti.

Anda boleh mendapatkan Kids Meal secara percuma apabila anak-anak anda ada bersama-sama dengan anda ketika membuat pembelian. Anda juga harus membeli Main Course daripada menu a la carte dan/atau Quarterly Promotional Menus sekiranya ada.

Untuk Kids Meal yang percuma, pesanan diatas semuanya perlu Dine In, dan tidak boleh dibawa pulang.

 
 

Sementara menanti makanan datang, anak-anak anda boleh membaca, melukis, mewarna dan juga membuat aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan di Chilis. Mereka akan mendapat sebuah buku untuk membuat aktiviti didalamnya.


~ Chilis Mexican Food Review - Mix and Match Fajitas ~

 

Mix and Match Fajitas ini adalah merupakan makanan yang kami selalu pesan sekiranya datang di Chilis. Untuk Mix and Match Fajitas ini, ianya terdiri daripada 3 jenis; Single Protein, Double Protein, dan Trio Protein

Hidangan ini dihidangkan dengan beberapa jenis sayuran (Sliced Green Bell Pepper dan Caramelize Union) dan juga 3 keping roti Tortillas.

Berikut merupakan kandingan setiap jenis Protein dan juga harga-harganya.
Single Protein
Grilled Chicken - RM 37.95
Grilled Beef - RM 43.95
Grilled Lamb - RM 40.95
Grilled Prawns - RM 45.95

Double Protein
Grilled Chicken and Grilled Beef - RM 40.95
Grilled Chicken and Grilled Prawns - RM 42.95
Menariktaraf salah satu kepada Grilled Lamb atau Grilled Prawns - RM 50.95

Trio Protein
Grilled Chicken, Beef and Prawns - RM 52.95
Grilled Chicken, Beef and Lamb - RM 55.95
Grilled Chicken, Lamb and Prawns - RM 55.95
Grilled Beef, Lamb and Prawns - RM 59.95

Penambahan Rice and Black Bean - RM 6.95


Dibawah pula adalah cara untuk menyediakan Mix and Match Fajitas.

 
 
Mudah sahaja. Baling-baling dah siap~

Bilangan Tortillas yang disediakan untuk setiap hidangan adalah sebanyak 3 keping sahaja, namun anda boleh memesan lagi kepingan tortilla dengan percuma sahaja.

**********

 

Makan bersama dengan keluarga, meskipun harganya memeluhkan keringat saya memang berbaloi lebih-lebih lagi apabila si isteri tersenyum lebar setelah selesai makan di sini.

Dibawah pula adalah gambar yang saya ambil pada tahun 2016 (gambar-gambar diatas adalah pada tahun 2017), ketika Izzat masih berumur 3 bulan. Sentiasa comel di mata papa dan mommy~

 
 
 
Pertama kali kami mencuba Chilis adalah pada tahun 2016~

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

2 comments:

  1. Lamanye x makan Chilis. Kidz meal dia memang best..lg2 ada bottomless drink tu. Kitaorang kalo makan sini, mesti order chicken salad dia. Ni yang buat nk pergi Chilis ni. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak kena pergi kak... Jangan simpan air liur tu lama-lama sangat.. Nanti kempunan.. Huhuhu.. Chicken Salad eh.. Orait, nanti saya cuba~

      Delete