Wednesday, 21 March 2018

Yogyakarta Special Edition (Part 1) - Candi Prambanan, Prambanan

Pada bulan lepas, saya telah diminta untuk menghadiri Lawatan Kerja ke Yogyakarta dan juga Jakarta selama 5 hari dan 4 malam (di Yogyakarta 2 hari 1 malam dan di Jakarta 3 hari 3 malam).

 

Pada awalnya kami datang bertiga pada hari yang pertama, kami menjejakkan kaki ke Candi Prambanan yang terletak di Bokoharjo, Prambanan. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto ke Candi Prambanan ini hanya mengambil masa kurang dari satu jam.

Jom saya kongsi dengan anda pengalaman kami bertiga berada di sini.

~ Candi Prambanan, Prambanan - Ticketing Counter ~

 

Terdapat dua (2) jenis tiket yang anda boleh dapati di sini, satu untuk melawat Candi Prambanan dan satu lagi untuk melawat Candi Sewu (terletak agak jauh dari pintu masuk). Harganya juga adalah berbeza diantara satu sama yang lain.


 

Kami hanya mengambil pekej yang paling murah, iaitu dengan harga 40,000 Rupiah (RM 12.00) bagi seorang dewasa untuk melawat Candi Prambanan sahaja. 

Di tiket ini mempunyai beberapa informasi yang penting yang anda perlu tahu seperti waktu operasi Candi Prambanan dan juga tiket ini perlu disimpan untuk semakan kelak.


~ Candi Prambanan, Prambanan - The Overall Map ~

 

Kawasan Candi Prambanan ini memang luas, meliputi kira-kira 24 kawasan dan lokasi yang menarik termasuk beberapa lagi Candi yang lain selain Candi Prambanan ini.


Antara candi-candi yang boleh didapati di kawasan Candi Prambanan ini adalah Candi Lumbung, Candi Bubrah dan Candi Sewu.

~ Candi Prambanan, Prambanan - The Location ~
 

Jarak diantara pintu masuk ke kawasan tapak Candi Prambanan ini kira-kira sejauh lebih kurang 200 - 300 meter, dan kami mengambil masa selama kira-kira 3 - 4 minit berjalan ke tapak tersebut.


 
Namun, sekiranya anda tidak larat untuk berjalan, anda boleh menyewa kenderaan untuk ke melawat tapak-tapak candi yang ada di sekitar kawasan ini. Kami selaku lelaki-lelaki yang gagah mengambil keputusan untuk berjalan sahaja.


~ Candi Prambanan, Prambanan - The Structure Meaning ~

 

Setiap monumen-monumen di Candi Prambanan ini mempunyai maksud-maksudnya yang tersendiri, dimana setiap monumen tersebut merujuk kepada 6 dewa yang disembah oleh penduduk sebelumnya seperti dibawah.



 


Bhrama Temple : Dibina untuk menyembah Dewa Bhrama, yang juga dikenali sebagai tuhan yang menjadikan alam ini. Di dalam Temple ini terdapat patung Dewa Bhrama yang mempunyai 4 kepala, sebagai simbol 4 arah angin dan 4 weda (holy texts).

Vishnu Temple : Dibina untuk menyembah Dewa Vishnu, yang dikatakan bertanggung jawab melindungi setiap kehidupan di alam ini.


 

Shiva Temple : Adalah merupakan Monumen utama yang terletak ditengah-tengah Candi Prambanan ini, dibina untuk menyembah Dewa Shiva yang merupakan dewa kepada semua dewa di alam ini. Menurut kepada informasi yang diberikan, ianya adalah dewa yang disembah oleh penduduk sebelumnya.

Angsa Temple : Merupakan simbol pengangkutan Dewa Bharma yang diwakili oleh haiwan berbentuk angsa.

 

Garuda Temple : Monumen ini merupakan salah satu daripada tiga pengangkutan para dewa, yang mewakili sebagai seekor burung.

Nandi Temple : Monumen ini pula merupakan sebuah simbol pengangkutan bagi Dewa Shiva, dimana haiwan yang mewakili pengangkutan ini adalah lembu.


~ Candi Prambanan, Prambanan - Restoration Works ~

 

Terdapat lebih daripada 50 biji monumen yang masih lagi belum dibaik pulih daripada keadaan asalnya yang terunggul suatu ketika dahulu. 

 

Untuk membaik-pulih semula candi-candi ini memerlukan kepakaran di dalam bidang senibina kerana susunan batu pada setiap monumen ini, termasuk sekali ukiran-ukiran pada batu-batu ini, memerlukan masa yang amat lama.
**********

Candi Prambanan ini boleh dikatakan sebagai sebuah kawasan pemujaan bagi penduduk kawasan ini yang terdahulu, termusnah akibat peperangan yang berlangsung di kawasan ini.

Pihak kerajaan Indonesia tela mengambil beberapa inisiatif untuk membaik-pulih semula Candi Prambanan ini supaya ianya dapat kekal sebagai kawasan dan tempat yang bersejarah di dalam dunia, untuk generasi yang akan datang.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment