Terdapat banyak lokasi-lokasi tempat makan yang menarik di dalam Pavilion Kuala Lumpur untuk kami cuba dan rasai, dimana salah satu daripadanya adalah Sanoook Restaurant yang terletak di tingkat LG.
Makanan yang disediakan di Sanoook Restaurant ini adalah makanan Fusion, gabungan diantara hidangan masakan Thailand dan juga masakan Jepun.
Jom saya kongsi dengan anda hidangan yang kami ambil dan pilih pada kali ini.
Di Sanoook Restaurant ini, terdapat pelbagai variasi makanan yang disediakan, dibahagikan kepada Appetizer, Soup, Vegetable & Salad, Signature Dishes, Thai's and Japanese Foods, dan juga Deserts.
Merujuk kepada senarai jenis makanan di atas, terdapat lebih daripada 30 jenis makanan yang disediakan di Sanoook Restaurant ini. Disebabkan kami hanya datang berempat (termasuk Irfan dan Izzat), maka kami hanya memilih makanan yang tertentu sahaja.
~ Sanoook Restaurant Pavilion Review - Chicken Fried Rice ~
Chicken Fried Rice di Sanoook Restaurant ini sungguh menyelerakan, dimana dihidangkan di dalam pinggan yang seakan-akan berbentuk sebuah sudu yang besar. Ianya tidak pedas dan memang sesuai menjadi santapan si kecil yang tidak tahan akan pedas.
Di dalam hidangan ini terdapat cebisan-cebisan ayam kecil dan juga sayuran, menjadikan hidangan ini berharga RM 18.90 untuk satu hidangan. Jumlah nasi yang disediakan memang banyak, sungguh sesuai untuk dimakan dengan anak-anak kecil.
~ Sanoook Restaurant Pavilion Review - Duck Red Curry ~
Berbeza dengan hidangan yang kami rasa di Melbourne, hidangan yang dipesan oleh isteri saya ini agak pedas, pekat dan penuh berlemak.
Di dalam hidangan kari ini adalah daging itik, dipotong dan dimasukkan di dalam hidangan ini. Harga untuk hidangan ini mampu membuatkan kami tergaru kepala, iaitu RM 25.90 untuk satu hidangan.
~ Sanoook Restaurant Pavilion Review - Thai Lychee Iced Tea ~
Teh O Ais Laici yang disediakan Sanoook Restaurant ini agak berbeza dengan Teh O Ais Laici di kedai makan di tepi jalan. Teh O Ais Laici disini menggunakan Thai Tea berbanding dengan Teh Uncang yang biasa kita minum.

**********
No comments:
Post a Comment