Monday, 5 March 2018

Lavender IOI City Mall Review

Lavender Bakery yang terletak di bahagian LG ini merupakan salah sebuah kedai roti yang kami gemari, dimana terdapat beberapa jenis roti yang kami pasti beli sekiranya singgah disini.

 

Selain di IOI City Mall, Lavender juga mempunyai kedai di Pavilion Kuala Lumpur, berhampiran dengan Food Court yang terletak di tingkat LG juga.

Jom saya kongsikan beberapa jenis roti yang sedap yang kami sekeluarga mengsyurkan kepada anda.

~ Lavender IOI City Mall Review - Caramel Milk Stick ~

 

Salah satu daripada roti yang amat kami gemari, termasuk anak-anak kecil adalah Caramel Milk Stick. Ranggup di luar dan lembut didalam, termasuk dengan kehadiran Caramel cair di tengah-tengahnya memang melazatkan.

Sekali anda merasai keenakkan roti Caramel Milk Stick ini, pasti anda akan berpatah balik untuk membelinya lagi. Harga setiap batang adalah RM 3.60.


~ Lavender IOI City Mall Review - Danish Bread-Type ~

 

Antara roti yang berasaskan Danish yang wife saya suka adalah Banana Danish Puff dan juga Apple Custard Danish. Memang terasa kesedapan dan kemanisan buah-buahan yang dibakar bersama-sama dengan roti ini.

 

Harga untuk setiap roti yang berasaskan Danish ini berlainan setiap satu. Untuk Banana Danish Puff, harganya adalah RM 3.50 manakala untuk Apple Custard Danish pula berharga RM 4.60.


~ Lavender IOI City Mall Review - Hanjuku Cheese Tart ~

 

Jika dibandingkan dengan Hokkaido Cheese Tart, Hanjuku Cheese Tart yang dijual di Lavender juga memang lazat. Dengan harga RM 6.00 sebiji, Cheese Tart yang dijual disini memang berbaloi jika dibandingkan dengan keenakkan dan kelazatannya.


~ Lavender IOI City Mall Review - Macaroon ~

 

Macaroon yang juga merupakan sejenis makanan yang digilai ramai suatu ketika dahulu turut dijual di Lavender dengan harga RM 4.40 sebiji. Antara perasa-perasa Macaroon yang dijual disini adalah seperti senarai dibawah.

Espresso, Matcha, Strawberry, Citron, Dark Chocolate, Earl Grey, Marmalade, Sesame


**********

1 comment:

  1. https://www.facebook.com/100000214476535/posts/pfbid02DH9ZUgkQV3KXHhkuJUX2qcwJjgsV9SPCEgEe4L86poypStYZ7HXwbGyaAbxD9ND8l/?mibextid=ykz3hl ada kata xde halal jakim.

    ReplyDelete