Thursday, 1 March 2018

Family Day 2017 Lost World of Tambun (Touring)

Jika 2 post yang sebelumnya saya menceritakan tentang Lost World Hotel dan Lost World of Tambun (Family Day), maka untuk post kali ini adalah lebih kepada aktiviti-aktiviti kami sekeluarga ketika waktu lapang.

 

Untuk pengetahuan anda semua, Lost World of Tambun ini bukannya semata-mata Tema Taman Air sahaja, tetapi terdapat juga kawasan-kawasan yang menarik seperti kawasan haiwan-haiwan liar, kawasan permainan dan lain-lain lagi.

Jom saya kongsikan dengan anda semua.


~ Family Day 2017 Lost World of Tambun (Touring) - Water Theme Park ~


 

Taman Tema Air di Lost World of Tambun ini mengambil kira-kira hampir 40% daripada luas keseluruhan kawasan di dalam Lost World of Tambun (Termasuk Hot Spring).


 
 
Beberapa lokasi menarik untuk berenang dan berendam~

 
Izzat yang terpaku, tidak tahu hendak pergi yang mana satu~

Untuk mengetahui tentang aktiviti-aktiviti yang anda boleh laksanakan, anda boleh ke post ini >> List of Family Day Activities


~ Family Day 2017 Lost World of Tambun (Touring) - Theme Park ~


 

Selain daripada Water Theme Park, terdapat juga Dry Theme Park yang anda boleh main. Kebanyakan permainan yang ada di dalam ini adalah percuma, kecuali beberapa permainan yang berasaskan pertandingan dan juga hadiah.

Berikut adalah beberapa permainan yang ditawarkan di dalam Lost World of Tambun.


 
Salah sebuah Roller Coaster yang boleh didapati di sini~

 
Adakah anda seorang yang berani?~

 
 
 
Permainan untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak~

 
Permainan yang berasaskan hadiah (menggunakan duit tambahan)~


~ Family Day 2017 Lost World of Tambun (Touring) - Holiday Kid Zone ~


 

Kawasan yang menarik seperti ini hanya muncul ketika musim cuti sekolah sahaja, dimana pada kali ini bertemakan kepada Cartoon Network, bermula dari 25 November 2017 sehingga 1 Januari 2018.

Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di dalam kawasan ini.


 
 
 
 
 


~ Family Day 2017 Lost World of Tambun (Touring) - Animal Kingdom ~


 

Hampir 40% daripada kawasan di Lost World of Tambun ini pula dipenuhi dengan Zoo, terdiri daripada pelbagai jenis haiwan di dalamnya.

Berikut adalah merupakan beberapa gambar yang diambil ketika berjalan-jalan di dalam kawasan ini.


 
Kawasan untuk membelai anak kuda, Pony~

 
Catch and Release bagi aktiviti menangkap anak-anak ikan~

 
Petting Zoo, sebuah kawasan yang membenarkan anda memegang haiwan di dalamnya~

 
Suasana berjalan di dalam kawasan hutan~

 
Papan tanda yang berada dimana-mana sahaja~

 
Kawasan memberi Zirafah makan~

 
Kawasan menunggang kuda~

 
Boleh mengayuh Swan Boat mengelilingi tasik~

 
Penggemar kucing boleh masuk ke dalam ini dan membelai

 
Para pengunjung menanti pertunjukkan dan persembahan oleh si Harimau~


~ Family Day 2017 Lost World of Tambun (Touring) - Little Chinatown ~


 

Di kawasan ini pula anda boleh mendapatkan beberapa makanan untuk mengisi perut disepanjang anda berada di dalam Lost World of Tambun ini, menyediakan hidangan ala-ala Chinese Food kepada para pengunjung.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Secara keseluruhan, kami amat berpuas hati dapat menghadirkan diri dan mengalami suasana yang jauh berbeza di sini jika dibandingkan ketika kami (saya dan wife) datang berdating sebelum berkahwin. 

Memang banyak perubahan, banyak penambahbaikan dan juga banyak aktiviti-aktiviti yang dapat kami lakukan disini.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment