Pihak kerajaan Malaysia telah banyak menyediakan kemudahan-kemudahan bagi rakyat-rakyatnya, lebih-lebih lagi dengan pembinaan MRT yang menghubungkan Bandar Kajang dengan Sungai Buloh.
Apa yang lebih menarik bagi kami apabila laluan bas MRT ini betul-betul melalui kawasan perumahan kami yang terletak di Kajang, memudahkan perjalanan kepada setiap pekerja yang bekerja di Pusat Bandaraya mahupun yang ingin pergi ke pusat membeli-belah.
Untuk post kali ini, saya akan berkongsi dengan anda route-route yang boleh didapati yang menghubungkan Stesen MRT Stadium Kajang dengan kawasan-kawasan sekitarnya.
Terdapat lebih kurang 49 lokasi yang disediakan untuk kemudahan penduduk tempatan dengan tambang yang amat murah, terletak di setiap perhentian Stesen MRT dari Bandar Kajang ke Sungai Buloh.
Bagi kami yang turun di MRT Stadium Kajang, terdapat 4 laluan yang dilalu oleh Bas MRT Stadium Kajang seperti dibawah.
T457 : MRT Stadium Kajang - Prima Saujana
T458 : MRT Stadium Kajang - Taman Indah
T459 : MRT Stadium Kajang - Taman Jasmin
T460 : MRT Stadium Kajang - Bandar Teknologi
Berikut adalah laluan yang dilalu oleh setiap Bas berdasarkan kepada nombor bas.
Laluan Bas T457 dan T458~
Laluan Bas T459 dan T460~
~ MRT Station Journey - Riding the Bus ~
Dengan harga RM 1.00 untuk seorang dewasa, setiap laluan yang dilalu oleh setiap bas ini memang ternyata berbaloi bagi kami. Untuk kanak-kanak seperti Irfan dan Izzat adalah percuma.
Memang tidak ramai yang menaiki bas dengan kami, boleh dikatakan hanya kami sahaja yang menaikinya. Dalaman bas yang sungguh bersih, menyamankan memberikan kami suatu perasaan yang tenang dan juga tenteram.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Nantikan post-post saya yang seterusnya yang lebih menarik, dipenuhi dengan pengalaman-pengalaman kami sekeluarga.
Jumpa lagi. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment