Pengembaraan kami di Bumi Surabaya pada hari yang keempat ini diteruskan lagi dengan penyinggahan di kedai Toko Oen, Malang.
Terdapat banyak post-post di blog-blog yang lain menyatakan bahawa hidangan ice cream di sini adalah sedap dan lazat. Adakah ianya benar? Jom saya kongsikan dengan anda hidangan yang dikatakan sedap disini.
Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19, Part 20, Part 21, Part 22<<
Toko Oen yang dikatakan terkenal dengan hidangan pencuci mulut, memfokuskan kepada Ice Cream, menjadi salah sebuah tempat persinggahan kami. Ice Cream di sini semuanya adalah dibuat sendiri dan tidak boleh didapati di kedai-kedai yang lain.
Selain daripada Ice Cream, Toko Oen ini juga menyediakan hidangan yang lain seperti Menu Steak, Hidangan Tempatan, Salad, Sandwich dan juga minuman sejuk dan panas.
Disebabkan ianya terkenal dengan Ice Cream, jom kita lihat Menu-menu Ice Cream yang dihidangkan di sini dibawah kategori OLD FASHIONED ICE CREAM.
Basic (Single Scoop)
Vanilla / Strawberry / Chocolate / Mocca / Cocktail / Gula Jawa / Durian (seasonal) / Speculaas
25,000 Rupiah (RM 7.50)
Tutti Frutti
35,000 Rupiah (RM 10.50)
Peach Melba
40,000 Rupiah (RM 12.00)
Banana Split
55,000 Rupiah (RM 16.50)
Domino / Napolitaine / Cassata
35,000 Rupiah (RM 10.50)
Sonny Boy
45,000 Rupiah (RM 13.50)
Fancy Sundaes
Tropicana Cream / Midwest Sunday / Calypso Fantasy
40,000 Rupiah (RM 12.00)
Corn Ice Cream
45,000 Rupiah (RM 13.50)
"OEN" Special / Glace de Grand Marnier / Chocolate-Parfait / Sparkling Delight
55,000 Rupiah (RM 16.50)
Magic Pineapple
60,000 Rupiah (RM 18.00)
Ice Cream Sodas
Vanilla / Strawberry / Chocolate / Mocca
40,000 Rupiah (RM 12.00)
Milk Shakes
Vanilla / Strawberry / Chocolate / Mocca
40,000 Rupiah (RM 12.00)
Tanpa membuang masa, jom kita lihat hidangan yang disediakan disini.
~ Toko Oen, Malang - Banana Split ~
Ini lah hidangan Banana Split yang berharga 55,000 Rupiah, bersamaan dengan RM 16.50. Meskipun ianya nampak besar di dalam gambar, tetapi ianya adalah kecil (Sila buat perbandingan dengan sudu teh).
Pisangnya seulas, dipotong dua dan diletakkan 3 scoop ice cream perasa chocolate, strawberry dan vanilla. Rasa Ice Cream ini tidak seperti Ice Cream yang boleh didapati di Malaysia, dimana ianya tidak selemak ice cream di Malaysia.
~ Toko Oen, Malang - Chocolate-Parfait ~
Merupakan hidangan yang digilai oleh peminat-peminat chocolate, Chocolate-Parfait ini dipenuhi dengan coklat ice cream, coklat susu, biskut coklat dan juga coklat.
Ianya memang manis dan mampu memotongkan kaki anda sekiranya anda makan hidangan ini setiap hari.
~ Toko Oen, Malang - "OEN" Special ~
Hidangan "OEN" Special ini dihidangkan dengan 2 scoop ice cream; strawberry dan chocolate, bersama-sama dengan beberapa biskut coklat seperti di dalam gambar.
~ Toko Oen, Malang - Coffee ~
Kepada anda yang merupakan peminat tegar kopi Indonesia seperti Izzuddin, anda juga boleh mendapatkannya di Toko Oen ini dengan harga 20,000 Rupiah (RM 6.00) secawan.
**********
Seperti yang anda lihat, kuantiti ice cream dengan hargnya yang dihidangkan disini adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan hidangan ice cream di Malaysia.
Setelah selesai memakan ice cream disini, kami meneruskan perjalanan kami untuk makan malam pula. Dikhabarkan terdapat sejenis hidangan yang agak special di kawasan Surabaya ini, dimana makanan ini adalah hidangan yang berasaskan nasi dan juga sup.
Apakah nama hidangan ini? Semuanya akan saya bongkar pada post yang seterusnya. Nantikan perkongsian saya nanti~
Jumpa lagi. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment