Thursday, 18 January 2018

Surabaya Travelicious (Part 18) - Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo - Part 4)

Pengembaraan kami di Jawa Tmur Park 2 atau dikenali sebagai JATIM Park 2 ini diteruskan lagi, dimana di dalam post ini, saya akan berkongsi dengan anda bahagian terakhir untuk edisi Zoo di Batu Secret Zoo ini.

 

Kawasan yang terakhir yang akan saya kongsikan adalah Kawasan Savannah, kawasan-kawasan rehat di sekitar Jawa Timur Park 2 (JATIM Park 2), dan juga beberapa kemudahan yang disediakan di dalam JATIM Park 2 ini.

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17<<

~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - Red Cuban Flamingo Area ~

 

Selepas pintu gerbang "Welcome to Savannah", di sebelah kanan anda boleh melihat kawasan burung-burung yang unik seperti Red Flamingo, Shelduck, Magpie Goose dan beberapa spesis burung yang boleh didapati di Benua Eropah.

Lebih kurang 10 spesis burung telah menjadikan kawasan ini sebagai kediaman mereka sendiri.


~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - Food Kiosk ~


 

Di dalam perkarangan yang sama, anda akan terjumpa kedai kiosk yang menjual minuman dan juga makanan ringan seperti kentang, hotdog dan lain-lain.


 

Oleh disebabkan kami tiba di sini setelah hampir 2 jam berjalan-jalan di kawasan Zoo, maka kami mengambil keputusan untuk berhenti dan berehat seketika sambil menikmati ice cream yang dijual di kiosk ini.


 

Berikut adalah beberapa menu dan juga harga makanan dan minuman yang disediakan di Kiosk ini.


American Hot Dog; 15,000 Rupiah (RM 4.50)
French Fries; 15,000 Rupiah (RM 4.50)
Fresh Corn; 15,000 Rupiah (RM 4.50)
Rainbow Ice Cream; 20,000 Rupiah (RM 6.00)
Beef Burger + Fries; 25,000 Rupiah (RM 7.50)
Ice Cream (Cone, Sundae, Float); 10,000 Rupiah (RM 3.00)
Drinks (Lemon Tea, Milo, Orange Juice, Coffee); 10,000 Rupiah (RM 3.00)


 

Selain daripada kiosk ini, terdapat beberapa kiosk lain yang boleh didapati di sekitar kawasan Batu Secret Zoo ini. Ada yang menjual Aiskrim Potong, Pop Corn Garam (isteri saya ingatkan Pop Corn seperti di Malaysia, maka dia pun beli), serta beberapa makanan ringan seperti Maggi.


 

Suasana menikmati ice cream disini, ditambahkan pula dengan burung-burung yang sedang berenang dan juga mandi di kolam berhampiran serba sedikit dapat menghilangkan rasa penat saya disini untuk meneruskan perjalanan kami.


~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - e-Bike Rental ~


 

Perjalanan selama 2 jam mengelilingi kawasan Zoo sudah semestinya menyebabkan kaki kami sakit dan lenguh. Oleh hal yang demikian, kami mengambil keputusan untuk menyewa e-bike disini.


 

Harga sewaan e-bike ini adalah sebanyak 100,000 Rupiah (RM 30.00) untuk 3 jam. Ini bermaksud sejam hanya RM 10.00 sahaja dan anda boleh memulangkannya selepas 3 jam penggunaan. Namun terdapat syarat-syarat yang harus dipatuhi ketika menggunakan e-bike ini.


 

Setelah selesai membaca, dan membuat sewaan maka kami meneruskan perjalanan ke kawasan yang seterusnya.


~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - Savannah Zone ~


 

Dengan menaiki e-bike, kami memanjangkan perjalanan kami ke kawasan Savannah pula yang terletak tidak jauh dari kawasan perhentian kami sebentar tadi.


 

Apabila naik dengan anak-anak, sudah semestinya mereka ingin membawanya sendiri, namun ibu atau bapa yang menaiki bersama-sama haruslah memerhatikan kawasan sekeliling untuk mengelakkan daripada kemalangan berlaku.


 

Di dalam kawasan Savannah ini, anda boleh melihat haiwan-haiwan yang hanya boleh didapati di kawasan padang rumput Savannah seperti Chapman Zebra, African Crown Crane, Scimitar Horned Onyx, Gemsbok dan lain lain lagi.

 

Di kawasan Savannah ini, anda akan melalui terowong yang melalui di tengah-tengah kawasan Savannah ini. Kiri dan kanan terowong ini mempunyai haiwan-haiwan yang berbeza-beza, diasingkan supaya pengunjung boleh menerokainya dengan sendiri.


 

Selepas berswafoto dengan Gemsbok, maka saya meneruskan perjalanan melepasi kawasan Savannah ini.


~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - End of Savannah Zone ~


 

Di penghujung kawasan Savannah ini, anda boleh bergambar dengan ukiran-ukiran batu yang berupa seperti watak-watak di dalam cerita Walt Disney.


 
 

Di penghujung kawasan Savannah ini, anda boleh melihat haiwan-haiwan kecil yang hidup di padang pasir atau/dan rumput seperti Yellow Mongoose dan Meerkat. Haiwan seperti ini memang unik untuk dilihat secara dekat kerana tidak boleh didapati di benua Asia.

Ketika saya berada di kawasan ini, suatu tragedi telah menimpa diri saya sendiri, namun saya telah berjaya melarikan diri ke kawasan yang lain sebelum menjadi lebih teruk. Adakah anda ingin tahu? 


 
Pada awalnya, saya sengaja mengusik lelaki ini..

 
Tetapi siapa sangka yang mereka memasak saya hidup-hidup...


Syukur Alhamdulillah saya masih lagi hidup dan bernyawa selepas tragedi ini. Memang menyeramkan.


**********

Pengalaman kami melawat Batu Secret Zoo ini sangat berharga dan amat tepat dimasukkan ke dalam jadual perjalanan kami. Memang banyak haiwan-haiwan yang unik yang kami pelajari sepanjang 3 jam kami berada disini.

Tetapi, apakah yang berlaku lagi satu jam kami berada di dalam Batu Secret Zoo ini? Adakah anda ingin tahu?

Nantikan post saya yang seterusnya berkisarkan tentang pengalaman kami berada di kawasan Theme Park pula!

Jumpa lagi! Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment