Penat menerokai Gunung Bromo, Bukit Teletubbies dan juga Pasir Berbisik, serta setelah bersiap sedia untuk ke destinasi yang seterusnya, kami singgah di Warung Ma' Um yang terletak di Tongas, Probolinggo untuk Heavy Brunch.
Jarak diantara Bromo Villa (aka Rumah Bromo) ke Warung Ma' Um di Tongas, Probolinggo ini adalah sejauh hampir-hampir sejam perjalanan menuruni kawasan bukit. Seperti biasa, kita makan dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.
Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10<<
Harga dan makanan yang disediakan di sini hampir sama dengan warung-warung makan yang lain, namun terdapat beberapa menu yang menarik tidak boleh didapati di warung-warung sebelumnya.
Berikut adalah menu-menu dan juga harga harga yang dikenakan kepada para pelanggan yang hadir untuk menjamu selera di Warung Ma' Um ini.
Tanpa membuang masa, ayuh kita rasai hidangan-hidangan yang kami pesan untuk santapan Brunch kami ini.
~ Warung Ma' Um, Tongas - Ayam Goreng + Nasi ~
Ayam gorang di Warung Ma' Um ini hampir serupa dan sama rasanya dengan Ayam Goreng di warung-warung yang sebelumnya, kering diluar dan lembut didalam serta terasa kemanisan pada bahagian luaran ayam tersebut.
~ Warung Ma' Um, Tongas - Gurami Goreng + Nasi ~
Ikan Gurami yang juga merupakan sejenis ikan air Tawar ini menjadi pujaan mereka yang sudah jemu untuk memakan hidangan ayam goreng. Sama seperti ikan yang lain, Ikan Gurami ini agak manis dan besar, sesuai untuk dimakan beramai-ramai.
~ Warung Ma' Um, Tongas - Nasi Bakar ~
Berbeza dengan warung-warung sebelumnya, nasi bakar ini disediakan didalam bungkusan daun pisang untuk menaikkan aroma wangi nasi yang dimasak sebelumnya. Hidangan ini dihidangkan dengan beberapa hiris timun.
Inilah rupa dalaman Nasi Bakar yang disediakan di Warung Ma' Um yang terletak di Tongas, Probolinggo. Nasi yang berwarna kehijauan disertakan dengan lauk seperti cebisan-cebisan daging ayam (seperti serunding) dan juga sambal penyet membuatkan rasa nasi ini agak sedap dan unik.
~ Warung Ma' Um, Tongas - Salad, Soup and Sambal ~
3 hidangan asasi ini memang wajib dan penting untuk mengimbangkan diet piramid pemakanan sekiranya anda datang ke Indonesia. Salah satunya adalah Salad (atau dikenali sebagai Ulam) seperti Timun, Daun Pudina dan lain-lain.
Sup yang disediakan disini pula adalah merupakan sup sayur yang terdiri daripada sayuran seperti daun sup dan juga beberapa jenis daun yang sukar dikenal-pasti. Rasanya agak sedap juga.
Sambal penyet disini lebih pedas jika dibandingkan dengan sambal penyet di warung-warung yang telah kami singgah sebelum ini. Bagi sesetengah orang, lebih pedas bermaksud lebih sedap.
**********
Meskipun kepenatan berjalan mengelilingi pergunungan Bromo, ada sesetengahnya tidak lalu makan dan ada juga yang makan banyak seperti biawak seperti saya.
Ini adalah dengan schedule yang seperti tentera yang telah disediakan oleh Najwa menjadi faktor utama saya makan dengan agak banyak ketika berada di sini.
Setelah selesai makan, maka kami pun meneruskan perjalanan kami ke lokasi yang seterusnya pada hari yang ketiga ini. Kemanakah hala tuju kami?
Nantikan post saya yang seterusnya. Jumpa lagi. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment