Monday, 22 January 2018

Surabaya Travelicious (Part 19) - Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo - Theme Park)

Di Jawa Timur Park 2 atau lebih dikenali sebagai JATIM Park 2 yang terletak di Batu City, Jawa Timur ini dibahagi kepada 3 bahagian atau kawasan utama; Zoo, Theme Park dan juga Museum Satwa.

 

Sudah selesai saya berkongsi tentang haiwan-haiwan yang berada di bahagian Zoo (Bahagian 15-18), pada post ini saya akan berkongsi pula bahagian yang paling menarik di dalam Batu Secret Zoo ini; Theme Park!

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18<<


~ Jawa Timur Park 2 (Theme Park) - Dry Zone ~

 

Kawasan Theme Park yang pertama adalah kawasan yang kering, terdiri daripada berpuluh-puluh lokasi mainan untuk anda dan juga anak anda bermain disini. Kesemuanya adalah percuma kecuali beberapa permainan yang akan saya kongsi kemudian.


Berikut adalah beberapa permainan yang didapati di sini dan bermain secara percuma.
 
Tea Cup untuk dimain oleh kanak-kanak~

 
Tsunami wave Coaster untuk orang dewasa~

 
 
 
Beach Boat untuk kanak-kanak~

 
 
 
Mainan kanak-kanak yang tidak terlalu bahaya~

 
Lumba kereta dalam litar~

 
Bumper Car~

 
 
Flying Dumbo! Peace Yaw~

 
Fire Brigade ride~


Namun, tidak semua permainan yang terdapat di sini boleh dimain kerana kekurangan staf yang bekerja di kawasan ini; ada yang tutup disebabkan waktu rehat dan sebagainya.


Untuk mainan atau aktiviti yang memerlukan bayaran, anda boleh lihat gambaran dibawah.


 
 
Mami dan Najwa mencuba mainan yang paling susah~

 
ATV dan juga Camel Ride juga memerlukan bayaran tambahan~


~ Jawa Timur Park 2 (Theme Park) - Wet Zone ~
 

Terletak ditengah-tengah kawasan Dry Zone, anda boleh dapati ada Water Park yang amat menarik perhatian kami termasuk anak-anak kecil yang ikut sama.



 

Untuk memasuki kawasan ini, anda harus memakai pakaian renang atau pakaian basah untuk bermandi dan bermain di dalam kawasan ini. Anda juga harus meninggalkan e-bike anda di lokasi yang sepatutnya sebelum memasuki kawasan ini.


~ Jawa Timur Park 2 (Theme Park) - Kids Zone ~


 

Selain daripada bahagian untuk orang dewasa (Basah dan Kering), terdapat juga bahagian khusus untuk kanak-kanak bermain. Antaranya adalah permainan pistol laser bertemakan Space Angry Bird.

Antara permainan-permainan dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh didapati di kawasan kanak-kanak ini adalah seperti berikut.

 
 
Permainan ala-ala Fun Fair~

 
 
 
 
 
 
Fun House yang merupakan syurga tapak permainan bagi kanak-kanak~
Untuk memasuki ke dalam Fun House ini, anak-anak anda (termasuk anda sekiranya anda ingin masuk) perlu memakai stokin. Sekiranya anda tidak membawa stokin, anda boleh membelinya dengan harga 10,000 Rupiah (RM 3) sepasang.
**********

Kawasan Theme Park ini memang sangat sesuai bagi anak-anak anda bermain-main dengan permainan yang sedia ada disini. Namun, anda sudah semestinya mengawasi mereka daripada hilang dari pandangan kerana kawasan ini sangat besar.

Sejam kami berada di sini memang tidak mencukupi, sehingga kami terpaksa mengangkut anak-anak kami dan bergerak ke lokasi yang seterusnya kerana terlalu seronok bermain.

Selesai sudah keseluruhan perkongsian kami berkenaan dengan Jawa Timur Park 2; Batu Secret Zoo dan Theme Park. Pada post yang seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda lokasi ketiga kami di Jawa Timur Park 2; Museum Satwa.

Apakah yang kami lihat didalam Museum Satwa ini? Apakah yang membezakan Museum ini dengan Museum-museum yang lain?

Nantikan perkongsian saya pada post yang akan datang. Jumpa lagi! Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment