Penat lelah dan letih berjalan-jalan di Jawa Timur Park 2 akhirnya membawa kami ke Pujasera HC Putra 1, sebuah food court yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari Jawa Timur Park 2 ini.
Meskipun terasa lapar ketika berjalan-jalan di dalam Jawa Timur Park 2 dengan memakan makanan ringan, kelaparan perut kami akhirnya dapat diisi di food court ini dengan makanan-makanan tradisi rakyat tempatan.
Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19, Part 20<<
Di Pujasera HC Putra 1 ini terdapt lebih dari 10 jenis kedai yang menghidangkan masakan tempatan seperti Bakso, Nasi, Mee dan lain-lain lagi. Masakan panas juga turut ada bagi sesetengah kedai di Pujasera HC Putra 1 ini.
Disebabkan banyak sangat selection yang kami boleh pilih di sini, maka kami sebulat suara untuk memakan makanan yang ringan di sini sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi berikutnya.
~ Pujasera HC Putra 1, Surabaya - Pangsit Mee Ayam "Lumintu" ~
Mee Ayam Bakso yang disediakan disini berharga 15,000 Rupiah (RM 3.50); mengandungi keropok, bebola bakso dan juga mee kuning berserta dengan sup bakso. Rasanya boleh tahan.
~ Pujasera HC Putra 1, Surabaya - Unknown Shop ~
Meskipun namanya tidak tahu (tidak ingat sebenarnya), kedai ini juga menyediakan hidangan mee juga. Apa yang lebih menarik adalah rasa untuk kedua-dua kedai ini hampir sama. Harganya juga tidak jauh berbeza diantara satu sama yang lain.
~ Pujasera HC Putra 1, Surabaya - Bakso ABM 87 ~
Lain dari yang lain, salah satu daripada kami telah memesan hidangan Nasi bersama Tahu Telur yang berharga 19,000 Rupiah (RM 5.50). Merujuk kepada kuantiti Nasi dan juga Tahu telur tersebut, hidangan ini boleh dikatakan hidangan yang murah.
Rasa hidangan ini tidak terlalu sedap dan mencukupi untuk menghilangkan rasa lapar pada hari yang keempat ini.
~ Pujasera HC Putra 1, Surabaya - Bakso ABM 87 ~
Lain dari yang lain, salah satu daripada kami telah memesan hidangan Nasi bersama Tahu Telur yang berharga 19,000 Rupiah (RM 5.50). Merujuk kepada kuantiti Nasi dan juga Tahu telur tersebut, hidangan ini boleh dikatakan hidangan yang murah.
Rasa hidangan ini tidak terlalu sedap dan mencukupi untuk menghilangkan rasa lapar pada hari yang keempat ini.
**********
Kami dapat merasakan bahawa makanan di Indonesia ini kebanyakkannya memang sedap, dan ada juga yang tidak beberapa sedap seperti di sesuatu lokasi kedai makan.
Pak Supir biasanya memang tahu lokasi-lokasi ini, dan memang berbaloi bagi kami mendapat Pak Supir seperti ini.
Untuk lokasi yang seterusnya, kami dibawa ke sebuah kawasan yang menjadi pusat tarikan para pelancong untuk bergambar kerana kawasan tersebut mempunyai seni lukisan yang unik-unik dan menarik.
Ingin tahu lokasi kami yang seterusnya? Nantikan post saya yang seterusnya berkenaan dengan lokasi yang menarik ini.
Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment