Monday, 29 January 2018

Surabaya Travelicious (Part 22) - Kampung Warna Warni Jodipan, Kota Malang

Perjalanan kami di Surabaya Indonesia pada hari yang keempat diteruskan lagi, kali ini kami dibawa untuk menerokai Kampung Warna Warni Jodipan yang terletak kira-kira 20KM dari lokasi sebelumnya (tempat kami menikmati hidangan tengah hari).

 

Perkampungan Warna Warni Jodipan ini amat terkenal oleh para pelancong yang datang di Surabaya ini, lebih-lebih lagi ianya diperkenalkan oleh Pak Supir yang membawa para pelancong ke sini. 

Namun, kecantikan perkampungan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Jom kita terokai Kampung Jodipan ini.

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19, Part 20, Part 21<<

~ Kampung Warna Warni Jodipan, Kota Malang - Village History ~

 

Pada bulan Februari 2017, sebuah kumpulan yang dikenali sebagai GuysPro telah mendapat tugasan untuk melaksanakan CSR sebagai tugasan praktikal dengan mencari client dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dengan membuat event di tempat tersebut.

 

Namun, bukan mudah untuk mengubah sesebuah tempat menyebabkan beberapa cadangan penambahbaikan telah ditolak oleh penduduk tempatan kerana dianggap tidak menarik. Ini adalah kerana mereka banyak menerima sumbangan berbentuk charity, bukannya sumbangan yang berbentuk sustainability.

 

Perubahan daripada tabiat yang buruk kepada tabiat yang baik memang sukar dilaksanakan pada peringkat awal, lebih-lebih lagi pencemaran sungai yang seringkali berlaku di perkampungan ini. Namun, kumpulan GuysPro tetap tidak berputus asa.

 

Usaha GuysPro akhirnya berhasil dengan pelancaran Kampung Warna Warni Jodipan ini dengan kunjungan Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) Basuki Hadimuljono pada bulan September 2016, diikuti oleh kunjungan Duta Besar Australia, Mr Paul Grigson pada November 2016.

 

Demi menambah-baik lagi Kampung Warna Warni Jodipan ini, sebuah jambatan kaca telah dibina dan dirasmikan pada bulan Oktober 2017 oleh Wali Kota Malang Moch. Anton, Rektor UMM Fauzan dan Vice President Indana Steven Antonius Sugiharto selaku penyelenggara.


~ Kampung Warna Warni Jodipan, Kota Malang - The Arts ~

 

Kampung Warna Warni Jodipan ini dipenuhi dengan lukisan-lukisan dan juga barang-barang perhiasan yang menyebabkan kampung ini kelihatan sungguh ceria.

Berikut merupakan beberapa lukisan dan juga barang-barangan hiasan yang dipamerkan di sekitar perkampungan ini.

 
Lukisan sayap rama-rama~

 
Hiasan berbentuk Ketupat juga dipamerkan~

 
Bunga yang diperbuat dari plastik~

 
Jalan turun ke tengah-tengah kampung Jodipan~

 
 
Dan juga gambar keluarga~


~ Kampung Warna Warni Jodipan, Kota Malang - Jambatan Kaca ~

 

Jambatan kaca yang anda boleh dapati di Kampung Warna Warni Jodipan ini adalah sepanjang 25 meter, selebar 1.25 meter dan ianya mampu menampung 50 pengunjung dalam satu masa.

 

Bahagian tengah jambatan ini diletakkan kaca yang tebal, bertujuan untuk melihat bahagian bawah kaca tersebut. Sekiranya anda gayat, anda boleh memijak di bahagian tepi jambatan untuk menyeberangi sungai ini.

**********

 

Merujuk kepada peta Kampung Warna Warni Jodipan ini, terdapat lebih kurang 20 tempat yang menarik untuk anda bergambar disini. Disebabkan cuaca tidak mengizinkan (sudah mula hujan), maka kami terpaksa memendekkan kunjungan kami di sini dan kembali ke dalam van.

Secara keseluruhan, Kampung Warna Warni Jodipan ini agak menarik untuk dilawati dan dikunjungi. Untuk masuk ke kawasan ini, anda perlu membayar tiket masuk sejumlah 5,000 Rupiah (RM 1.50 jika tidak silap), yang seterusnya menjadi sebagai modal untuk menambahbaik lagi fasiliti yang ada disini.

Disebabkan hari sudah gelap ditambahkan pula dengan hujan yang sudah turun, maka kami meneruskan perjalanan kami ke lokasi yang seterusnya.

Lokasi yang seterusnya adalah lebih kepada makanan pencuci mulut, iaitu Ice Cream. Kemanakah kami singgah untuk merasai makanan ini?

Nantikan perkongsian saya pada post yang seterusnya.

Jumpa lagi. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment