Selepas menjamu selera di Toko Oen, kami beransur untuk mencari hidangan yang berbentuk nasi pula. Ramai kawan-kawan saya mencadangkan makanan yang diberi nama Rawon (Sup Rawon), namun tidak sangka pula terdapat sebuah kedai yang dinamakan Rawon Setan di Surabaya, Indonesia.
Istilah "Setan" di bumi Surabaya ini lebih dikenali dengan kepedasan hidangan yang disediakan di sini, dimana kepedasannya boleh dikatakan mencapai tahap Setan. Adakah ianya benar?
Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19, Part 20, Part 21, Part 22, Part 23<<
Di Rawon Setan Malang ini hanya menghidangkan sejenis hidangan sahaja, iaitu Rawon yang disertakan dengan nasi putih. Boleh dikatakan barang yang membuatkan hidangan ini menjadi pedas adalah berasal daripada sambal cili yang disertakan dengan nasi.
Untuk Rawonnya pula, daging yang dihidangkan bersama-sama dengan sup yang gelap ini ternyata sangat lembut. Supnya pula memang terasa kepekatannya, lebih-lebih lagi sup ini memang kaya dengan rasa lembunya.
Dagingnya pula besar dan memang memuaskan.
**********
Bersesuaian dengan nama kedai ini, hidangan yang dihidangkan di sini memang ternyata pedas dan memuaskan hati saya yang sukakan kepedasan.
Disebabkan masa tidak mengizinkan dan masing-masing sudah kepenatan berjalan-jalan pada hari yang keempat ini, maka kami meneruskan perjalanan kami ke tempat penginapan kami pada hari yang keempat ini.
Hotel yang akan kami diami ini menjadikan sumber inspirasi abah kami di rumah baru beliau. Apakah yang istimewa tentang Hotel ini yang menjadikan ianya sebagai sumber inspirasi abah kami?
Nantikan perkongsian saya pada post yang seterusnya. Jumpa lagi. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment