Monday, 19 February 2018

Nasi Kak Wok Cyberjaya Review

Di sekitar kawasan Cyberjaya memang banyak kedai-kedai yang menyediakan masakan yang simple tetapi sedap, salah satunya anda boleh dapati di Nasi Kak Wok yang terletak berhampiran dengan Restoran Mamak Nasi Kandar Rasa Seri Alamanda.

 

Kedai ini dibuka hampir setiap hari bermula dari seawal jam 8 pagi sehingga 10 malam, menyediakan sarapan pagi yang ringan serta makanan tengah hari dan makan malam yang berat mengikut citarasa rakyat Malaysia.

~ Nasi Kak Wok Cyberjaya Review - Menu List ~

 

Terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan di waktu pagi seperti Roti Titab, Nasi Kak Wok, Satay Ikan, dan lain-lain lagi. Tetapi apa yang menjadi kegemaran orang yang hadir di kedai ini adalah Nasi Kak Wok!

Harga hidangan berdasarkan jenis-jenisnya adalah seperti berikut.

Nasi Gulai Kak Wok
RM 5.50

Nasi Gulai Ikan Tongkol
RM 5.00

Nasi Tambah
RM 1.50

Ayam Extra (1 Senduk)
RM 3.00

Ikan Tongkol sahaja
RM 3.50


~ Nasi Kak Wok Cyberjaya Review - Nasi Kak Wok ~

 

Begini lah rupanya Nasi Kak Wok yang biasa, terdiri daripada Nasi Putih, Ayam Goreng yang dipotong kecil, Kuah ala-ala nasi kukus dan sambal yang ternyata kepedasannya.

Bagi saya, dengan harga RM 5.50, memang hidangan ini adalah hidangan budget untuk pekerja-pekerja yang berpendapatan sederhana yang bekerja di sekitar kawasan Cyberjaya.

Memang ramai orang yang datang untuk menjamu selera di kedai ini, lebih-lebih lagi pada waktu kerja.

**********

No comments:

Post a Comment