Kawasan medan Selera yang terletak di Persint 9 Putrajaya ini telah lama menjadi tempat kami menjamu selera selepas menunaikan solat Jumaat pada setiap hari Jumaat.
Memang ramai orang yang beratur untuk mendapatkan nasi lemak di Gerai No 8 ini. Apakah yang sangat menarik sehinggakan mereka (dan saya) sanggup beratur panjang untuk mendapatkan hidangan di sini?
Meskipun kedai ini dinamakan sebagai kedai nasi lemak, mereka juga tetap menjual hidangan nasi ayam. Lauk-lauk yang ditawarkan juga memang banyak; Daging, telur, isi dalaman, dan macam-macam lagi mengikut keinginan setiap individu.
Kita mulakan dengan hidangan Nasi Lemak terlebih dahulu.
~ Nasi Lemak Medan Selera Persint 9, Putrajaya Review - Nasi Lemak ~
Apa yang menjadi punca kesedapan Nasi Lemak yang disediakan disini adalah dari sambalnya. Memang telah menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk menikmati hidangan nasi lemak yang sambalnya tidak terlalu pedas dan tidak terlalu manis.
Boleh dikatakan sambal nasi lemak di sini memang bersesuaian dengan tekak saya dan beberapa lagi peminat tegar kedai ini. Untuk lauk, anda boleh memilih pelbagai hidangan lauk-lauk yang lain, tetapi saya tetap memilih hidangan ayam goreng berempah ini.
~ Nasi Lemak Medan Selera Persint 9, Putrajaya Review - Nasi Ayam ~
Selain daripada nasi lemak, nasi ayam yang disediakan di gerai No 8 ini juga turut menjadi tumpuan pihak-pihak yang tertentu. Sama seperti sambal nasi lemak, sambal nasi ayam ini juga tidak begitu pedas dan tidak begitu manis.
Memang bersesuaian dengan citarasa saya juga.
**********
Sekiranya anda berminat untuk merasai hidangan nasi lemak dan juga hidangan nasi ayam di sekitar Putrajaya ataupun Cyberjaya, anda boleh merasai hidangan tersebut disini.
Sudah semestinya anda akan terpukau dengan kelazatan dan keenakkan yang disediakan.
Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment