Pada tahun lepas, kami sekeluarga telah berkesempatan untuk menginap di sebuah hotel yang berhampiran dengan The Lost World of Tambun yang terletak di Ipoh, Perak yang diberi nama Lost World Hotel.
Hotel ini terletak tidak jauh dari Lost World of Tambun, dimana anda boleh berjalan kaki sahaja ke sana. Masa yang diambil untuk ke Lost World of Tambun pula tidak kurang dari 2 minit berjalan kaki.
Jom kita lihat apa yang menarik tentang Lost World Hotel ini.
Jom kita lihat apa yang menarik tentang Lost World Hotel ini.
~ Family Day 2017 Lost World Hotel - Registration ~
Disebabkan kami bertolak selepas solat Jumaat, maka kami telah selamat tiba di perkarangan Lost World Hotel ini selepas Asar. Perjalanan kami dari Kajang ke Tambun dipermudahkan dengan perjalanan yang agak lancar (namun ada sedikit kesesakan di NKVE).
Sekiranya anda datang diatas urusan Family Day, maka anda hanya perlu beratur di Lift naik ke hotel, bukannya di Ruangan Menunggu yang terletak di Receptionist.
Sewaktu pendaftaran, kami diberi 2 jenis tiket yang dipakai di pergelangan tangan, satu yang berwarna merah dan satu lagi berwarna kelabu. Kedua-dua tiket ini adalah berbeza fungsinya dimana satu untuk masuk di waktu malam dan satu lagi untuk masuk pada waktu pagi (All day ticket).
Tanpa membuang masa, jom kita lihat pula bilik yang kami duduki disepanjang 3 hari dan 2 malam ini.
~ Family Day 2017 Lost World Hotel - Living Hall ~
Ruang tamu di bilik hotel yang kami duduk ini memang besar, dimana terdapat ruangan melihat television, ruangan dapur (berada di pintu masuk) dan juga bilik air.
Ruang Tamu~
Peti Ais. Dikhabarkan tidak semua bilik mempunyai peti ais~
Bilik air yang berada di ruang tamu~
Lagi gambar-gambar di ruang tamu~
~ Family Day 2017 Lost World Hotel - Master Bedroom ~
Hanya sebuah bilik sahaja sudah mencukupi bagi kami yang berempat. Di dalam bilik tidur ini, katil yang disediakan adalah seluas katil King Size, mempunyai drawer, tempat makeup dan juga bilik air yang lebih besar berbanding bilik air di luar.
Safety Box~
Senarai shampoo yang disediakan~
Kawasan persiapan kaum wanita~
Almari yang mempunyai Robe Mandi~
Kawasan bilik air Master Bedroom~
**********
Seterusnya adalah masa untuk kita memulakan aktiviti di sepanjang 3 hari dan 2 malam di Lost World of Tambun, semuanya akan saya kongsikan pada post yang seterusnya.
Pada hari pertama, adalah sesi makan malam ber"BBQ" di dalam perkarangan Lost World of Tambun, diteruskan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik di sini.
Nantikan perkongsian saya di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment