Thursday, 28 December 2017

Surabaya Travelicious (Part 9) - Teletubbies Hill, Bromo

Perjalanan kami pada hari yang ketiga diteruskan lagi, dari kawasan kawah gunung Bromo ke Bukit Teletubbies yang terletak kira-kira 30 minit dari kawasan kawah gunung Bromo.

 

Perjalanan ke Bukit Teletubbies ini memeng mencabar dengan jalannya yang tidak rata. Sekiranya anda menaiki kenderaan biasa, sudah semestinya anda perlu menukar shock absorber kereta anda sendiri.

Sila ke pautan ini untuk membaca post yang sebelumnya >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8<<


~ Teletubbies Hill, Bromo - Parking Area ~


 

Kawasan tempat letak kenderaan di sini tiada garisan, namun ianya disusun rapi dan teratur oleh para supir yang membawa tetamu ke Bukit Teletubbies ini.


 

Kami tiba di Bukit Teletubbies ini lebih kurang jam 9 pagi waktu tempatan, namun masih ada yang tidak dapat keluar dari Jeep akibat anak-anak yang keletihan dan tertidur sepanjang perjalanan ke Bukit Teletubbies ini.


~ Teletubbies Hill, Bromo - Shops ~


 

Di kawasan ini terdapat beberapa kedai-kedai yang menarik dan juga mampu melegakan kelaparan yang melanda mereka yang tidak bersarapan terlebih dahulu.


 

Masakan panas dan juga minuman panas, ditambah pula dengan beberapa motorsikal yang juga menjual makanan boleh didapati disini.


 

Selain itu, kedai yang menjual barangan-barangan cenderamata seperti pakaian boleh didapati disini dan ianya agak murah; 5 helai baju dewasa hanya dengan harga 100,000 rupiah (RM 30) sahaja.


~ Teletubbies Hill, Bromo - The Hills ~


 

Kawasan pergunungan di Bukit Teletubbies ini memang indah, dengan suasana yang tenang dan aman. Cuma apa yang saya tidak faham dengan nama yang diberikan; Bukit Teletubbies.

Dari manakah datangnya nama ini? Apakah rupa sebenar pemandangan kawasan ini dari satelit sehinggakan ianya dinamakan sebagai Teletubbies?

Sekiranya anda datang ke sini, anda akan perasan bahawa ada satu pemandangan yang hampir sama dengan pembukaan lagu cerita kartun Teletubbies. Oleh sebab itu lah ianya dinamakan Bukit Teletubbies.


 

Menurut kepada penduduk setempat, Bukit Teletubbies ini merupakan sebuah bukit yang sangat cantik suatu ketika dahulu sebelum disambar api pada tahun 2014. Punca kebakaran bukannya dari alam semula jadi, namun dari sebatang rokok pelawat yang dibuang tanpa memadamkannya.


 

Angkara perbuatan manusia, maka musnah keindahan alam semula jadi (p/s: tiada kaitan dengan gambar-gambar diatas). Berikan sedikit masa, Insyaallah keindahan alam di sini akan kembali seperti sediakala.

Berikut adalah beberapa gambar, hasil tangkapan kami selama sejam berada disini.


 
 
Horse Riding oleh Izzuddin dan Mariam~


 
Patuhi papan tanda~

 
Comelnya dia. Boleh berkenalan?~


 
 
 
Family Portrait~


 
 
Swafoto oleh Nenda~


 
 
Gaya ala-ala cute oleh Najwa~


**********

Sekian sahaja perkongsian saya berkenaan dengan Bukit Teletubbies yang terletak di Bromo Tengger Semeru, berhampiran dengan Gunung Bromo.

Destinasi yang seterusnya adalah Pasir Berbisik, terletak tidak jauh dari Bukit Teletubbies yang juga terletak diantara bukit ini dan juga Puncak Gunung Bromo.

Jumpa lagi pada post yang akan datang, pada tahun 2018! Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment