Seawal jam 2 pagi waktu tempatan, kami telah digerakkan untuk menghala ke Puncak Gunung Bromo untuk menyaksikan keindahan matahari terbit di puncak tertinggi ini.
Ketika ini, memang tidak dicapai akal kenapa kami perlu bangun dan bergerak terlalu awal untuk menaiki Gunung Bromo, sedangkan waktu matahari terbit adalah pada jam 5.30 pagi waktu tempatan. Adakah anda ingin tahu?
Sila ke pautan ini untuk membaca post yang sebelumnya >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6<<
Perjalanan menaiki Gunung Bromo memang merupakan satu pengalaman yang mencabar, dimana tidak ada sebarang kenderaan yang boleh naik ke atas kecuali dengan menaiki Jeep ini.
Anda boleh sahaja menaiki kenderaan biasa, namun anda sudah semestinya tidak dapat sampai ke puncak disebabkan perjalanannya yang agak bumpy.
Izzat sudah teruja untuk mengembara ke puncak gunung Bromo. Namun, gambar ini diambil terlebih awal kerana saya yakin di waktu malam nanti gambar agak gelap dan tidak beberapa cantik.
~ Bromo Mountain Surabaya - To Bromo Mountain ~
Saya melaporkan diri seawal jam 1.50 pagi (dengan hanya tidur selama 3 jam sahaja), dimana kebanyakan rakyat jelata yang lain sudah bangun. Masih ada lagi yang sukar untuk dikejutkan akibat keletihan.
Perjalanan menuju ke puncak Gunung Bromo ini sangat mencabar, dengan jalan yang berliku-liku ditambahkan pula dengan ak Supir yang membawa kami ini dengan laju menyebabkan saya pening kepala apabila tiba di destinasi.
Perjalanan yang memakan masa selama 1 jam ini akhirnya terhasil, dimana kami berjaya meletakkan kenderaan kami hampir kepada puncak Gunung Bromo.
~ Bromo Mountain Surabaya - Waiting for Sunrise ~
Kami selamat tiba di kawasan puncak Gunung Bromo selepas lebih kurang satu jam 30 minit berada di dalam Jeep, menunjukkan jam 3.30 pagi waktu tempatan.
Selama 2 jam kami berada disini, memang merupakan satu penantian yang agak menyiksakan. Suhu yang rendah (lebih kurang 10 Darjah Celsius), pukulan angin yang kuat dan juga mendinginkan menyebabkan kami kesejukan di atas ini.
Oleh disebabkan masih awal, maka anak-anakku ini masih lagi dibuai mimpi. Siap ada yang menggigil kesejukan ketika lama berada disini.
Di sewaktu anda menanti matahari terbit, anda boleh menikmati makanan-makanan dan juga minuman-minuman panas yang boleh didapati di persekitaran kawasan menunggu.
Harganya agak mahal jika dibandingkan dengan minuman di tempat lain, kebarangkalian disebabkan kos pengangkutan dan masa mereka berniaga.
~ Bromo Mountain Surabaya - The Rise of the Sun ~
Disebabkan saya hampir patah pinggang mendukung Irfan yang kesejukkan, maka saya mengambil inisiatif untuk berbaring di kawasan yang agak lapang untuk melihat keindahan semula jadi ketika terbitnya sang matahari.
Maka, saya serahkan aktiviti mengambil gambar kepada Nenda dan juga Najwa~
Kawasan diterokai oleh Nenda dan Najwa~
Couple of the year~
Kami berada di sekitar puncak Gunung Bromo ini lebih kurang sehingga jam 6.30 pagi sebelum bergerak ke tempat letak kenderaan (Jeep) untuk ke destinasi yang seterusnya.
Para pelancong yang lain juga turut beransur ke destinasi masing-masing.
Para pelancong yang lain juga turut beransur ke destinasi masing-masing.
**********
Sekiranya didalam jadual perjalanan anda untuk ke Gunung Bromo, saya menyarankan bahawa anda membawa baju sejuk yang agak tebal apabila berada disini.
Meskipun terdapat rakyat tempatan menyewa baju-baju sejuk disini, namun adalah lebih berbaloi anda membawanya dari tanah air. Jangan lupa untuk membawa vaseline bersama-sama.
Meskipun terdapat rakyat tempatan menyewa baju-baju sejuk disini, namun adalah lebih berbaloi anda membawanya dari tanah air. Jangan lupa untuk membawa vaseline bersama-sama.
Setelah hampir 1 jam menikmati pemandangan di atas Gunung Bromo, maka kami pun beransur ke kawasan kawah Gunung Bromo untuk merasai dengan sendiri pemandangan yang agak indah di sini.
Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~
No comments:
Post a Comment