Wednesday, 6 December 2017

Iftar 2017 di KL Golf Country Club

3 tahun berturut-turut, kami menerima pelawaan daripada pihak FEIRAN untuk berbuka puasa bersama-sama di KL Golf Country Club (KLGCC), dimana FEIRAN adalah merupakan sebuah syarikat yang sedang bekerjasama dengan syarikat yang saya kerja sekarang.

 

Tempat ini memang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat untuk berbuka puasa. Ini adalah disebabkan bahawa terdapat pelbagai koleksi makanan yang disediakan oleh pihak KLGCC ini sendiri.

Ayuh saya kongsikan koleksi makanan yang disedikan di KLGCC sewaktu bulan Ramadhan tahun 2017.


~ Iftar 2017 di KLGCC - Appetizer ~

Pembuka selera adalah penting untuk memulakan aktiviti membuka puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini, sebelum makan menu utama dengan banyak sekali.

Antara pembuka selera yang ditawarkan disepanjang bulan Ramadhan di KLGCC adalah seperti gambar-gambar dibawah.

 
 


~ Iftar 2017 di KLGCC - Main Dishes ~

Terdapat lebih daripada 20 jenis menu utama yang anda boleh pilih ketika berbuka puasa di KLGCC ini. Berikut merupakan gambar beberapa menu utama yang pasti membuatkan anda terliur.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


~ Iftar 2017 di KLGCC - Dessert ~

Apabila sudah kenyang menikmati beberapa menu utama, sudah tiba masanya untuk pencuci mulut. Berikut merupakan beberapa pencuci mulut yang disediakan disini.

 
 


~ Iftar 2017 di KLGCC - Live Song ~

 

Disamping anda menjamu selera di KLGCC ini, anda akan didendangkan dengan lagu-lagu yang menarik daripada band di sini. Disebabkan di bulan Ramadhan, kebanyakan lagu-lagu yang didendangkan adalah kearah lagu melayu klasik.

**********

Secara kesimpulannya, Iftar di KL Golf Country Club ini memang merupakan tempat yang menarik. Namun, harga untuk seorang boleh mencecah puluhan ringgit.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment