Setelah selesai melihat matahari terbit di puncak Gunung Bromo, kami dibawa ke lokasi seterusnya iaitu Kawah Gunung Bromo untuk mengambil gambar kenang-kenangan di sini.
Jarak kawasan ini dengan puncak Gunung Bromo yang kami pada post yang sebelumnya tidak terlalu jauh, satu hala menghala ke Bromo Villa (aka Rumah Bromo) pada post saya sebelum ini.
Sila ke pautan ini untuk membaca post-post yang sebelumnya >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7<<
Kawasan kawah ini mempunyai pasir dan tanah yang unik, kesemuanya berwarna hitam kebarangkalian daripada isi perut bumi itu sendiri.
Menurut kepada hasil bacaan dari Google, waktu kami tiba adalah sehari selepas Gunung Bromo ini meletus, bermakna kami amat beruntung kerana tiba sehari selepas gunung ini meletus.
Masih terasa kepanasan daripada haba yang keluar dari tanah di sekitar kawasan ini. Maklum lah, baru sahaja meletus semalam. Seterusnya adalah koleksi gambar-gambar yang diambil di sekitar kawasan kawah pergunungan Bromo.
Family Portrait keluarga Erni~
~ Crater of Bromo Mountain - Horse Riding ~
Untuk melihat kawasan gunung berapi, anda sebenarnya boleh sahaja berjalan kaki ke sana (sejauh kira-kira 1.5KM satu hala), namun anda juga boleh menunggang kuda untuk ke sana.
Harga untuk sewaan kuda di kawasan ini adalah lebih kurang 150,000 rupiah (kira-kira RM 45) setiap satu, dan perjalanan untuk ke kawasan gunung berapi adalah kira-kira memakan masa lebih satu jam.
Oleh sebab menjaga anakanda Izzat yang sedang tidur, maka saya tidak mengikuti mereka menjejak kawasan gunung berapi ini. Kemanakah hala tuju saya ketika mereka melihat gunung berapi Bromo?
~ Crater of Bromo Mountain - Warung ~
Tidak jauh dari kawasan menunggang kuda ini, anda akan melihat kawasan-kawasan rehat yang terdiri daripada beberapa buah khemah ala-ala tentera di kawasan kawah gunung Bromo ini.
Sementara menanti kepulangan para ibu dan bapa pulang dari menunggang kuda, maka kami pun menjamu perut yang kekosongan sejak dari jam 2 pagi tadi.
Secawan teh panas dan juga nasi, telur dan sayur rebus menjadi pilihan abah. Saya pula hanya memesan air kopi yang dikatakan sedap di Indonesia. Apabila dirasa, memang pekat dan sebenarnya kopi di Malaysia lebih sedap.
Apabila semuanya sudah berkumpul, maka kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang seterusnya.
Boleh dikatakan setiap hari di kawasan kawah ini, penunggang kuda yang berada disini akan datang seawal jam 6 pagi bersama-sama dengan kuda masing-masing untuk memberi khidmat menunggang kuda.
Agak menarik dan juga agak meletihkan kami pada hari ini disebabkan tidur yang kurang dan perut yang lapar. Namun, apakah destinasi yang akan kami tuju seterusnya?
Nantikan pada post saya yang akan datang. Jumpa lagi. Bubbyeee~~~~~

**********

No comments:
Post a Comment