Monday, 11 December 2017

Surabaya Travelicious (Part 1) - Going to Surabaya Airport

Apabila tiba musim cuti sekolah, sudah semestinya kami sekeluarga memanjangkan kaki, diri dan juga tenaga untuk menerokai dunia luar.

 

Bertolak dari rumah kami pada jam 3 petang, waktu pelepasan kami dari KLIA 2 adalah pada jam 6.30 petang dan dijangka tiba di Surabaya pada jam 9.00 malam waktu tempatan.

Meskipun tiada apa-apa yang menarik berlaku disepanjang perjalanan kami ke Surabaya, tetapi post ini tetap di buat untuk menyimpan koleksi-koleksi gambar kami disepanjang perjalanan ke Surabaya.


~ Surabaya Travelicious - Checking at KLIA 2 ~


Untuk menuju ke Surabaya, kami membeli penyimpanan bagasi seberat 20kg. Kebanyakan isi bagasi ini terdiri daripada pakaian-pakaian kami sekeluarga, termasuk pakaian renang dan juga pelampung mandi Irfan.

 
 
Menanti giliran untuk drop luggage~

 
Anakanda bermain-main sementara menunggu panggilan masuk~

 
Beratur di pintu masuk dalam boarding gate~


~ Surabaya Travelicious - Traveling Time ~

 

Berada di atas awan selama 2 jam 30 minit memang mencabar kepada kami yang membawa anak-anak kecil ini. Tetapi pengalaman kami di sepanjang penerbangan ini memang menarik.

 
Swafoto bersama-sama dengan Izzat yang sudah pandai buat muka~

 
Candid gambar Mommy tengah makeup.. Hehehe~

 
 
Untuk ke negara orang, sudah semestinya perlu isi declare form~


Sekiranya anda ke Surabaya Indonesia bersama-sama dengan keluarga anda, maka anda hanya perlu mengisi satu borang sahaja. Tidak perlu mengisi borang ini setiap orang satu.


~ Surabaya Travelicious - Arrival at Surabaya Airport ~

 

Alhamdulillah kami telah tamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Surabaya pada jam 9.00 malam waktu tempatan. Kami merupakan group yang kedua tiba disini dimana group yang pertama sudah tiba 2 jam lebih awal dari kami.

 
Menunggu supir mengambil kereta~

 
Bila supir sudah tiba, masing-masing tidak sabar-sabar untuk ke destinasi yang seterusnya~


**********

Maka dengan ini bermula lah perjalanan kami di Surabaya yang mengambil masa selama 5 hari dan 4 malam. Nantikan perkongsian saya menerusi bahagian-bahagian Surabaya Travelicious yang seterusnya.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

4 comments:

  1. Service super tu bagus x.... Brpe harga yg dikenakan

    ReplyDelete
  2. Servis yang diberikan memuaskan, serta masa yang dijanjikan memang ditepati. Harga bergantung kepada berapa besar kereta dan berapa ramai yang mengikuti rombongan, maka harganya berbeza.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Perjalanan di Surabaya ini sendirian berhad, xikot mana2 pakej..

      Delete