Tidak puas dengan hidangan Bakso Kita, kami sekali lagi berjalan-jalan menerokai kawasan Sukapura untuk mencari makanan asas; nasi.
Antara kedai-kedai atau warung-warung yang buka, Pak Supir membawa kami ke Warung Soto Bathok yang terletak di Sukapura. Apakah yang menarik di hidangkan di sini?
Terdapat 2 jenis hidangan yang berasaskan ayam di kedai ini; Ayam Penyet dan juga Ayam Bakar. Apabila melihat kepada ayam-ayam ini, memang ternyata bahawa ayam mereka lebih kecil daripada ayam yang berada di Malaysia.
Ayam Penyet ini rasanya hampir sama dengan ayam-ayam penyet di warung-warung lain; kering diluar dan lembut didalam.
Namun, Ayam Bakar di sini lebih lembut jika dibandingkan dengan di tempat sebelumnya. Disertai dengan sos kicap manis, ayam ini memang menjadi kegemaran saya ketika berada di sekitar Surabaya.
~ Warung Soto Bathok, Bromo - Rice ~
Makanan ini kami bungkus untuk dibawa balik makan beramai-ramai. Namun, kuantiti nasi yang disediakan memang banyak untuk setiap satu hidangan.
Seperti nasi yang boleh didapati di warung-warung makan yang lain, nasi ini juga tidak mengenyangkan. Adakah disebabkan kandungan kanji yang sedikit didalam beras ini?
Mungkin..
**********
Harga untuk setiap hidangan ini (Nasi dan juga Ayam) di kedai ini berharga 20,000 rupiah (RM 6.00) setiap satu set. Di Malaysia juga terdapat beberapa kawasan yang menawarkan hidangan Ayam Penyet dengan harga RM 6.00 - 7.00 seorang, namun anda harus pandai untuk mencari.
Kebarangkalian mungkin saya boleh berkongsi dengan anda lokasi Gerai Ayam Penyet tersebut selepas tamatnya edisi Surabaya. Nantikan post saya itu~
Setelah tamat menjamu selera, maka kami pun balik ke bilik masing-masing sebelum menerjah Puncak Gunung Bromo seawal jam 2 pagi waktu tempatan~
Oleh itu, jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~
Setelah tamat menjamu selera, maka kami pun balik ke bilik masing-masing sebelum menerjah Puncak Gunung Bromo seawal jam 2 pagi waktu tempatan~
Oleh itu, jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment