Dari Kawasan Rehat Tongas, perjalanan kami yang seterusnya mengambil masa lebih kurang 1 jam ke destinasi yang seterusnya; Rumah Bromo atau dikenali sebagai Bromo Villa.
Perjalanan yang sejauh 24KM menuju ke Puncak Gunung Bromo ini mempunyai sebuah Homestay yang sangat cantik, terletak di sebelah kiri jalan utama. Kelihatan cantik diluar, tetapi adakah ianya cantik didalam?
Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3<<
Terletak di Ds. Sapikerep, Rumah Bromo ini mempunyai perkarangan yang agak menarik dengan bersuhukan suhu serendah 16 darjah celcius pada waktu malam.
Terletak lebih kurang 1 jam dari puncak Gunung Bromo, Rumah Bromo ini sudah semestinya menjadi pilihan kami sekeluarga. Harga sewa untuk Rumah Bromo ini adalah lebih kurang RM 265 semalam (lebih kurang 884,000 Rupiah) menerusi aplikasi AirBNB.
~ Bromo Villa (aka Rumah Bromo) - Inner Villa (Living Hall) ~
Ruang tamu di Bromo Villa (aka Rumah Bromo) ini sungguh luas, dimana anda boleh menurunkan kerusi ataupun sofa ini untuk menjadi tempat untuk anda baring-baring mahupun untuk anda tidur.
Kawasan ruang tamu ini juga bersambung dengan ruangan dapur (singki kecil). Sekiranya anda terlihat terdapat tong gas di bawah singki, itu adalah tong gas untuk air panas di dalam bilik air.
Terdapaat juga WIFI yang percuma disediakan pada setiap rumah, dimana kata laluannya adalah berbeza diantara rumah-rumah ini. Kelajuannya cukup laju untuk kami.
Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat bilik-bilik yang disediakan di dalam Bromo Villa (aka Rumah Bromo) ini.
~ Bromo Villa (aka Rumah Bromo) - Inner Villa (Rooms) ~
Terdapat 2 buah bilik yang mempunyai katil Queen setiap satu. Bagi kami, bilik seperti ini sudah mencukupi untuk 2 keluarga asas; keluarga saya dan keluarga Erni (2 dewasa, 2 kanak-kanak setiap keluarga).
Bilik air yang terdapat di Bromo Villa (aka Rumah Bromo) ini sudah cukup untuk kami berebut untuk mandi air panas. Segalanya agak lengkap di dalam Bromo Villa (aka Rumah Bromo) ini.
~ Bromo Villa (aka Rumah Bromo) - Outer Villa ~
Kawasan luaran Bromo Villa (aka Rumah Bromo) ini jarang dilalui kerana terpisah daripada kawasan laluan utama. Meskipun boleh dikatakan ianya selamat, namun anda harus berwasapada kemana sahaja anak-anak anda pergi.
Di perkarangan kawasan Bromo Villa (aka Rumah Bromo) ini mempunyai beberapa objek yang menarik seperti Air Pancut dan juga kawasan mainan untuk kanak-kanak.
Apabila sudah puas mengembara di dalam rumah dan di luar kawasan perumahan ini, maka sudah tiba masanya untuk sesi Photoshoot bersama-sama.
~ Bromo Villa (aka Rumah Bromo) - Photo Shoot Sessions ~
Kawasan yang menarik ini memang sangat sesuai untuk bergambar bersama-sama. Maka, section yang seterusnya ini akan lebih kepada gambar-gambar yang diambil ketika berada di kawasan perumahan ini.

2nd try Family Portrait. Terpaksa menggagahkan diri mendukung mommy~
Kasih sayang ayah Izzudin pada anaknya~
Kasih sayang mami Erni pada anaknya. Tapi kenapa asik Mikail?
Sesi bersemut ayah dan mami~
Apabila golongan hawa berswafoto~
Swafoto yang berjaya diganggu~
Sesi memakan Harum Manis di Ruang Tamu bersama-sama Tok Abah dengan Nenda~
**********
Tidak banyak aktiviti yang kami boleh lakukan disini kerana kami tiba lebih kurang jam 1 petang waktu tempatan. Untuk meneruskan perjalanan ke Puncak Gunung Bromo, kami diberi masa untuk berehat kerana perjalanan tersebut akan bermula seawal jam 2 pagi waktu tempatan.
Sebelum menuju ke Puncak Gunung Bromo pada keesokan harinya, kami meronda-ronda terlebih dahulu kawasan ini untuk merasai hidangan-hidangan dan makanan tempatan yang terdapat disini.
Nantikan perkongsian saya pada post yang seterusnya berkenaan dengan kedai makan yang menarik, terutamanya makanan tradisi rakyat Indonesia seperti Ayam Penyet dan Bakso.
Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment