Monday 8 June 2020

Umrah 2019 | Part 52 | Mekkah | Museum As-Haabee Exhibition (Part 2)

Merujuk kepada bahagian satu (1) bagi edisi Museum As-Haabee Exhibition ini, di dalam bahagian ini, saya akan kongsikan beberapa bahagian yang terdapat di dalam Museum As-Haabee Exhibition ini.

 

Seperti yang telah saya maklumkan pada post di bahagian satu (1), Museum As-Haabee ini terbahagi kepada sebelas (11) bahagian keseluruhannya.


~ Umrah 2019 | Part 52 | Mekkah | Museum As-Haabee Exhibition (Part 2) - Area 1 : Reception ~

 

Apabila kami memasuki ke dalam kawasan Reception, kami memang teruja dengan kemudahan yang ditawarkan dimana di ceiling kawasan ini dipenuhi dengan LED screen yang membentuk separa bulat (seperti berada di bawah kubah masjid).

Di sini, segala-galanya mengkisarkan kisah kejadian langit dan juga beberapa lagi perkara penting yang berkaitan dengan sains dan alam sekitar, agak mengkagumkan bagi saya yang pertama kali datang dan melawat museum ini.

Kawasan ini adalah kawasan untuk menunggu sebelum memasuki ke ruangan utama dan juga beberapa bahagian yang lain untuk mendalami lagi sejarah perkembangan Islam.


~ Umrah 2019 | Part 52 | Mekkah | Museum As-Haabee Exhibition (Part 2) - Area 2 : Truthful and Devoted to Allah ~

 

Bahagian kedua ini banyak mengkisarkan tentang sejarah permulaan dan perkembangan Islam, lebih-lebih lagi ketika Baginda Rasulullah s.a.w berdakwah di Kota Mekkah di zaman keRasulan Baginda yang terawal.

Di sini, banyak diantara yang diceritakan adalah para Sahabat Baginda Rasulullah s.a.w yang terawal memeluk agama Islam, dan juga cabaran yang dihadapi demi menegakkan agama suci Allah ini.

 

Sewaktu zaman awal pendakwahan Baginda Rasulullah s.a.w di Kota Mekkah, banyak sahabat-sahabat Baginda terpaksa meninggalkan keluarga dan kekayaan semata-mata demi agama Allah s.w.t, yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Terdapat beberapa informasi yang boleh kita dapati di dalam kawasan ini, termasuklah pengorbanan para sahabat Baginda Rasulullah s.a.w yang kita tidak dapat atau perolehi dari mana-mana buku teks di Malaysia ini.

Setiap satu peristiwa yang kami baca dan fahami, maka lebih mendalam kami tahu tentang pengorbanan para sahabat Baginda (serta pengorbanan Baginda Rasulullah s.a.w) di dalam penyebaran Syiar Islam.


~ Umrah 2019 | Part 52 | Mekkah | Museum As-Haabee Exhibition (Part 2) - Area 3 : Allah Loves Them ~

 

Di kawasan yang ketiga ini pula banyak mengkisarkan tentang kehidupan para sahabat Baginda Rasulullah s.a.w yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan hamba ataupun golongan yang miskin.

Meskipun golongan-golong terawal yang memeluk Islam ini tergolong daripada hamba dan juga miskin, dari segi rupa baju yang terkoyak-koyak dan tiada makanan untuk dimakan, namun disebabkan hati mereka kuat memegang ajaran Baginda Rasulullah s.a.w, menjadikan mereka lebih luar biasa.

 

Meskipun ianya diceritakan melalui gambaran kasar dan tulisan, namun apabila dibaca dengan teliti dan menhayatinya, dapat juga terasa kesusahan yang telah dihadapi oleh Baginda Rasulullah s.a.w didalam mengembangkan syiar Islam di Kota Mekkah ini.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian ringkas saya berkenaan dengan tiga (3) kawasan atau bahagian yang pertama ketika memasuki ke dalam Museum As-Haabee Exhibition ini.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment