Monday 22 June 2020

Umrah 2019 | Part 56 | Mekkah | Tapak Rumah Rasulullah s.a.w & Siti Hadijah

Ziarah Dalaman di Kota Mekkah diteruskan lagi setelah melawat rumah dimana Baginda Rasulullah s.a.w dilahirkan (iaitu rumah Abdul Mutallib), kami melawat pula Tapak Rumah Baginda Rasulullah s.a.w. di Kota Mekkah pada suatu ketika dahulu.

 

Tapak rumah Baginda Rasulullah s.a.w ini adalah merupakan rumah Baginda Rasulullah s.a.w tinggal bersama-sama dengan isteri pertama Baginda, iaitu Siti Hadijah r.a.


~ Umrah 2019 | Part 56 | Mekkah | Tapak Rumah Rasulullah s.a.w & Siti Hadijah - Sinopsis Lokasi Tapak Rumah Baginda Rasulullah s.a.w ~

 

Secara sinopsisnya, lokasi tapak rumah Baginda Rasulullah s.a.w bersama-sama dengan isteri baginda Saidatina Siti Hadijah r.a terletak berhadapan dengan rumah Abdul Mutallib, dan agak hampir dengan laluan Saie diantara Bukit Safa dan Bukit Marwah.

 
 

Perbezaan lantai juga menjadi salah satu petunjuk dimana dikatakan tapak rumah Baginda Rasulullah s.a.w (dimana tapak rumah Baginda adalah berasaskan lantai marmar kecil seperti di dalam gambar diatas.

Ramai para jemaah yang beriktikaf di dalam kawasan tapak ini, serta berehat sementara menanti masuknya waktu solat yang akan datang dimana ada diantara mereka membaca Quran, berzikir dan ada yang terlelap juga.

 

Menurut kepada Mutawwif yang membawa kami melawat ke tapak ini, beliau telah mengatakan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w seringkali melalui pintu bernombor 22 sewaktu ingin melawat Kaabah daripada rumah Baginda.

Apabila diperhatikan lokasi pintu ini, ianya memang agak dekat dengan lokasi rumah Baginda, dan dikatakan barang siapa yang memasuki kawasan Masjidil Haram melalui pintu ini, mereka akan mendapat pahala sunnah. Wallahualam..


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment