Monday 1 June 2020

Umrah 2019 | Part 50 | Mekkah | Miqat di Qarn Al-Manazil

Lokasi terakhir kami bermiqat untuk menunaikan Ibadah Umrah adalah di Masjid Qarn Al-Manazil, terletak berhampiran dengan Bandar Taif, menghala ke Kota Suci Mekkah.

 

Terdapat peritiwa sejarah yang penting yang telah dilalui oleh Baginda Rasulullah s.a.w yang secara langsungnya menjadikan Qarn Al-Manazil ini salah sebuah tempat untuk para jemaah haji berniat atau bermiqat untuk menunaikan ibadah umrah.



~ Umrah 2019 | Part 50 | Mekkah | Miqat di Qarn Al-Manazil - Sejarah Qarn Al-Manazil ~

 

Sekembalinya Baginda Rasulullah s.a.w dari Taif dengan penuh perasaan sedih, Baginda pun tiba di Qarn Al-Manazil dimana disinilah Allah s.w.t telah memutuskan Malaikat Jibril bersama-sama dengan malaikat yang lain untuk bertemu dengan Baginda Rasulullah s.w.t.

 

Ada beberapa pendapat mengatakan bahawa malaikat yang datang bersama-sama dengan Malaikat Jibril itu adalah malaikat gunung (saya kurang pasti berkenaan dengan kesahihan malaikat gunung ini), yang bersedia untuk menterbalikkan dan menimpa Gunung Akhsyabain kepada penduduk Taif.


 

Lanjutan kepada peristiwa ini, Imam Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah a.s telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Pernahkah kamu mengalami peperangan yang lebih dahsyat daripada peperangan Uhud?"

Baginda Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku pernah bertemu dengan kaummu. Perlakuan yang paling buruk yang aku terima adalah sewaktu peristiwa Aqobah. Ketika itu, aku menyampaikan dakwahku kepada Ibnu Yalil bin Abdu Kilal, tetapi dia tidak mahu memenuhi seruanku."

 

"Aku pun pergi dengan diliputi kegelisahan. Ketika aku kembali sedar dan tenang, aku berada dekat Qarn As-Tsa'alib (Qarn Al-Manazil). Lalu aku angkat kepalaku dan ternyata ada awan yang menaungiku" - Sumber dari Buku Atlas Rasulullah s.a.w : Menelusuri Sejarah Hidup Manusia Paling Agung.

Selain daripada keindahan Masjid Qarn Al-Manazil ini, di kawasan luaran Masjid boleh kelihatan beberapa peniaga tempatan berniaga dengan menjual barangan dan produk tempatan. Namun disebabkan waktu sudah menghampiri waktu Maghrib, maka banyak kedai-kedai yang sudah tutup.

 
 
 

Kain Ihram juga turut dijual di Qarn Al-Manazil, kepada mereka yang terlupa ingin membawanya ketika melawat Masjid Qarn Al-Manazil ini untuk bermiqat.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment