Monday 2 March 2020

Umrah 2019 | Part 28 | Mekkah | ZamZam Pullman Hotel (Part 1)

Setelah menetap di Al Jawhara Tower Hotel selama satu malam, maka pada hari yang seterusnya, kami mula bergerak menuju ke hotel yang sepatutnya kami duduki. 

 

Namun, disebabkan bilangan para jemaah yang terlalu banyak menyebabkan hotel yang sepatutnya kami duduki tersebut telahpun penuh.

Maka, pihak travel agent kami telah menempatkan kami di sebuah hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram, iaitu ZamZam Pullman Hotel yang terletak di Menara Jam Mekkah.


~ Umrah 2019 | Part 28 | Mekkah | ZamZam Pullman Hotel (Part 1) - The Hotel Lobby ~

 

ZamZam Pullman Hotel yang terletak di Menara Jam Mekkah ini dikatakan sebuah hotel yang diiktirafkan sebagai hotel lima (5) bintang oleh kerajaan Arab Saudi.

Terletak di dalam bangunan Menara Jam yang merupakan satu bangunan yang sama dengan Supermarket Al-Abraj, ZamZam Pullman Hotel ini terletak di tingkat 11.

 
 
Ruangan lobi tempat menunggu~

Kawasan menunggu di perkarangan lobi utama ZamZam Pullman Hotel ini agak luas dan sangat cantik, dengan gabungan beberapa warna yang cerah serta kehadiran cermin-cermin yang agak banyak membuatkan kawasan ini menjadi lebih besar.

Sementara menunggu pihak pengurusan hotel serta pihak travel agent menguruskan bilik penginapan kami, kami bersiar-siar di sekitar kawasan lobi terlebih dahulu untuk melihat apakah kemudahan yang disediakan disini.

 
Kemudahan internet untuk mereka yang memerlukannya dengan percuma~

Selain daripada kemudahan diatas, kemudahan yang lain terletak di tingkat yang berbeza seperti dewan makan di tingkat 13 dan M1, dimana akan saya kongsikan di bahagian yang akan datang. Setelah pendaftaran selesai, maka kami pun bergerak ke bilik yang telah disediakan di hotel ini. 

 

Namun, terdapat satu peristiwa yang berlaku pada kami dimana kami diminta untuk berpindah bilik sewaktu berada disini, yang juga merupakan peraturan daripada Allah s.w.t untuk memberikan keistimewaan kepada kami yang pertama kali melawati Masjidil Haram.


~ Umrah 2019 | Part 28 | Mekkah | ZamZam Pullman Hotel (Part 1) - Family Suite 4-Bedded Room (1st Hotel Room) ~

 

Bilik hotel yang pertama kali kami duduki adalah merupakan sebuah bilik yang memuatkan seramai empat (4) orang dewasa didalamnya pada suatu masa yang sama, terletak di tingkat 13. 

Berikut adalah gambaran keadaan dalaman bilik tersebut, beserta dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel.

 
 
 
Keadaan bilik yang sangat cantik dan wangi, serta sangat bersih~

 
 
 
 
 
Kemudahan yang disediakan di dalam bilik tidur~

 
 
 
 
 
Keadaan bilik air yang ditawarkan kepada para tetamu~


~ Umrah 2019 | Part 28 | Mekkah | ZamZam Pullman Hotel (Part 1) - Exclusive Suites 3-Bedded Room (2nd Hotel Room) ~

 

Setelah berada di dalam bilik yang pertama selama empat (4) hari, barulah kami dimaklumkan bahawa kami telah menduduki bilik hotel yang salah (tersilap disebabkan kesilapan teknikal) yang membuatkan kami terpaksa keluar daripada bilik hotel sediada ke bilik hotel yang baru.

Ketika ini, kami memang berserah kepada Allah s.w.t kerana kami yakin bahawa Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang, dan alhamdulillah, kami mendapat bilik hotel yang jauh lebih bermakna bagi kami sekeluarga, ditempatkan di tingkat 28.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil ketika berada di dalam bilik baharu kami.

 
 
 
Kawasan bilik tidur yang mempunyai dapur yang tersendiri~

 
Bilik air yang tidak kurang dengan bilik air sebelumnya~

 
 
Dan satu pemandangan yang sangat berharga bagi kami semua~

Masya-Allah, betapa besarnya nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada kami dimana kami senantiasa dapat melihat Kaabah daripada tingkap bilik kami.

Alhamdulillah~


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment