Thursday 12 March 2020

Umrah 2019 | Part 31 | Mekkah | Al Safwa Tower

Bersebelahan dengan Menara Jam Mekkah, terletak sebuah bangunan yang bercantum dengannya yang diberi nama Al Safwa Tower, sebuah pusat membeli-belah kepada para jemaah yang boleh dikatakan hampir semuanya boleh didapati disini.

 

Al Safwa Tower ini terbahagi kepada beberapa tingkat, dimana tingkat bawah (lower ground floor) hingga ke tingkat satu menjual pelbagai barangan dan pakaian manakala di tingkat dua pula terletaknya kedai makan yang amat banyak.


~ Umrah 2019 | Part 31 | Mekkah | Al Safwa Tower - Lower Ground Floor to First Floor ~

 

Kebanyakkan barangan yang dijual disini adalah pakaian-pakaian harian (kain yang belum dijahit juga ada dijual disini), minyak wangi dan pelbagai lagi barangan menarik yang boleh dibeli untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.

Antara kedai-kedai yang boleh didapati disini adalah seperti berikut.

 
 
 
 
 
 
Kedai-kedai pakaian harian~

 
Kedai yang menjual sport shoe juga ada~

 
Kedai yang menjual barangan wangi-wangian~

 
Dan juga kedai perhiasan wanita~


Selain daripada itu, terdapat juga kedai yang menukarkan matawang kepada Saudi Riyal, boleh didapati di Al Safwa Tower ini.


~ Umrah 2019 | Part 31 | Mekkah | Al Safwa Tower - Second Floor ~

 

Tingkat dua di Menara Al Safwa terletaknya pelbagai jenis kedai makan yang boleh dikatakan dapat memenuhi citarasa kami bagi rakyat Malaysia, kerana disini juga lah terletaknya kedai makan D'Saji yang sangat terkenal dikalangan rakyat Malaysia.

 

Inilah dia Restoran Malaysia yang menyediakan hidangan dan masakan Malaysia, dan semestinya memang ramai yang beratur di restoran ini disebabkan kerinduan hidangan Malaysia di Tanah Suci ini. 

Pelbagai jenis hidangan boleh didapati disini, dari masakan campur hingga ke masakan goreng-goreng. Namun, bagi kami yang ingin merasai hidangan yang lain daripada yang lain, makan kami mencari hidangan berbentuk nasi Arab dan juga beberapa hidangan yang hanya boleh didapati disini sahaja.

 
 
 
Pelbagai jenis kedai yang menyediakan makanan pakistan, arab dan lain-lain lagi~

 
 
 
 
 
 
Inilah rupa bentuk makanan yang telah kami makan disepanjang kami berada di Kota Mekkah, iaitu hidangan Nasi Arab dari pagi ke petang ke malam~


Di sini, restoran yang seringkali kami lawati untuk membeli hidangan makan malam adalah di Restoran Paradise dengan memesan hidangan Chicken Half Broast (terdiri daripada empat (4) ketul ayam goreng dengan roti serta nasi mandy).

Kira-kira, kos untuk sekalai makan kami di Mekkah hanyalah diantara 30 Riyal hingga 40 Riyal sahaja.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment