Monday 30 March 2020

Umrah 2019 | Part 35 | Mekkah | Broast Al Arabi Jabal Omar

Sudah sekian lama kami mencari Restoran Ayam Goreng buatan tempatan di Bumi Arab ini, dimana dikatakan sebuah Restoran yang diberi nama Broast Al Baik telah mendapat tempat pertama didalam senarai makanan ayam goreng yang menjadi tumpuan utama bagi penduduk Madinah dan Mekkah.

 

Namun, disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa membatalkan hasrat untuk mencuba hidangan daripada Broast Al Baik dan berpindah kepada hidangan yang lain.


~ Umrah 2019 | Part 35 | Mekkah | Broast Al Arabi Jabal Omar - Faktor penyebab utama terpaksa berpaling arah ~

 

Pada hari dimana saya mencari ingin mencari Restoran Broast Al Baik, satu kejadian yang sangat membingungkan telah berlaku dimana bilangan para pelanggan yang beratur untuk membeli hidangan broast disini sangat panjang.

 

Memang benar bahawa hidangan Ayam Goreng yang disediakan oleh Restoran Al Baik ini mendapat sambutan yang luar biasa, namun disebabkan bilangan pelanggan yang amat ramai ini menyebabkan saya membatalkan hasrat untuk beratur dan mencari restoran yang lain.

Disebabkan Broast Al Baik ini terletak di dalam shopping complex yang diberi nama Jabal Omar, maka saya berpusing-pusing di tingkat yang sama untuk mencari pengganti bagi Broast Al Baik ini.


~ Umrah 2019 | Part 35 | Mekkah | Broast Al Arabi Jabal Omar - Penemuan Restoran Broast Al Arabi ~

 

Tidak jauh daripada Restoran Broast Al Baik terdapat beberapa lagi kedai yang lain, yang menyediakan hidangan ayam goreng 'Broast' dan beberapa lagi pilihan yang lain untuk para pelanggan mereka.

 

Hampir sama dengan hidangan yang boleh kita jumpai di KFC atau Texas Chicken di Malaysia, Restoran Broast Al Arabi juga turut menyediakan hidangan set termasuk sekali jejari kentang dan juga air pepsi.

Terdapat juga hidangan yang lain turut disediakan seperti burger dan salad yang berasaskan ayam.

 

Inilah rupa hidangan Half Broast yang telah saya beli di Restoran Broast Al Arabi, dimana terdiri daripada empat (4) ketul ayam (setengah ekor ayam), jejari kentang dan juga dua (2) keping roti.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment