Monday 29 October 2018

Changsha Business Trip (Part 3) - Lunch at Huatian Changsha Hotel, Changsha

Kehadiran kami ke Changsha, China selama tiga (3) hari dan dua (2) malam ini adalah kerana menyertai sebuah Forum yang pertama diadakan diantara Malaysia dan juga China di dalam membentuk dan memperkasakan TVET di kedua-dua negara.

 

Pada waktu tengah hari, kami telah diberi peluang untuk menikmati makanan yang disediakan di Huatian Changsha Hotel yang diberi nama Western Restaurant.

Namun, apa yang dihidangkan disini kebanyakkannya tidak boleh dimakan kerana dikhuatiri ke-Halal-an pada setiap hidangan yang disediakan.


~ Lunch at Huatian Changsha Hotel, Changsha - The Foodies ~

 

Rata-rata hidangan menu yang disediakan disini adalah masakan yang berminyak seperti ayam goreng, kambing bakar dan lain-lain lagi, namun setiap makanan dan hidangan yang dihidangkan disini telah menimbulkan rasa syak wasangka di dalam diri saya ini.

Bolehkah anda bayangkan bahawa hidangan menu yang digoreng ini diletak bersebelahan dengan hidangan menu yang tidak Halal? Contohnya, hidangan kepak ayam panggang ini diletakkan bersebelahan dengan daging khinzir.

Bagi saya yang beragama Islam, sudah semestinya hidangan ini menimbulkan pelbagai rasa syak wasangka di dalam diri ini. Dan hidangan yang hanya boleh dimakan hanyalah dibawah.

 
 
Hidangan seafood yang menjadi tarikan kepada semua, termasuk bukan Muslim~

 
Salad dan sayuran mentah~

 
Aiskrim Haagen-Dass (kalau ikot bekas peti sejuk)~


Hidangan yang lain juga nampak sangat menarik, menyebabkan saya hampir-hampir mengambilnya namun saya masih lagi berfikiran waras. Sangat besar dugaan apabila berada di China kerana apabila berada di Hotel Malaysia, semuanya boleh dimakan.


**********

Terdapat pelbagai jenis makanan disini, tidak menjadi masalah kepada para pelancong ataupun penghuni yang bukan beragama Islam. Bagi yang beragama Islam, masih ada juga makanan yang boleh dimakan, lebih-lebih lagi makanan bermenukan makanan laut.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment