Monday 15 October 2018

Bukit Bendera Resort Mentakab Review

Seingat saya, saya pernah menduduki di Bukit Bendera Resort yang terletak di Mentakab pada suatu ketika dahulu, kira-kira pada tahun 2013 diatas urusan kerja. Namun baru-baru ini, saya sekali lagi datang ke Bukit Bendera Resort yang sama diatas urusan kerja juga.

 

Jika dibandingkan keadaan Hotel ini berbanding dengan keadaanya pada tahun 2013, memang tidak banyak berubah. Terasa nostalgia ketika menetap disini selama satu malam.

p/s: Sila abaikan muka saya di dalam gambar diatas. Maklumlah, sampai lewat malam jam 11.45 malam dan terpaksa bangun seawal jam 6.30 pagi.



~ Bukit Bendera Resort Mentakab Review - The Check-in Check-out Time and Other Useful Informations ~

 

Sama seperti hotel-hotel yang boleh didapati di seluruh Malaysia, anda harus Check-out di Bukit Bendera Resort ini selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari dimana pihak hotel akan mengemas bilik hotel untuk kemasukkan tetamu lain pada jam 2.00 petang.

Namun, bagi kami yang lewat sampai di sini, kami mengambil kunci di Pondok Guard di pintu masuk Hotel (kerana kami membuat booking melalui Agoda). Apa yang anda perlu sediakan adalah Booking Confirmation sahaja.

Bagi anda yang Walk-in, saya tidak menyarankan untuk anda sampai di sini pada lewat malam kerana lobi utama sudah tutup pada waktu ini.

Bagi senarai harga yang ditawarkan disini, termasuk sekali jenis-jenis bilik yang disediakan disini adalah seperti berikut.


Jenis Bilik beserta Harga untuk Satu Malam

Deluxe New Room (1 Double Bed) / Business New Room (2 Single Bed)
Normal Rate : RM 130.00
Corporate Rate : RM 120.00
Government Rate : RM 110.00

Deluxe Room (1 Double Bed) / Business Room (2 Single Bed)
Normal Rate : RM 110.00
Corporate Rate : RM 100.00
Government Rate : RM 95.00

Family Room (3 Single Bed/ 1 Double Bed and 1 Single Bed)
Normal Rate : RM 160.00
Corporate Rate : RM 150.00
Government Rate : RM 145.00

Executive Room
Standard Rate (Normal, Corporate, Government) : RM 165.00

VIP Room
Standard Rate (Normal, Corporate, Government) : RM 250.00


~ Bukit Bendera Resort Mentakab Review - Deluxe Room ~

 

Inilah keadaan dalaman bilik deluxe yang telah dipilih sebagai tempat istirehat saya pada kali ini, yang terdiri daripada 1 katil Queen Size. Keadaan bilik ini meskipun agak malap kerana pencahayaan yang kurang, namun ianya mencukupi bagi saya disebabkan kebersihan bilik ini.

Berikut adalah beberapa lagi gambar yang diambil di dalam bilik ini.

 
 
 
Suasana di dalam bilik. Sila abaikan beg comel itu~

 
Bilik air yang disediakan di sini~

 
Pemandangan dari bilik ke arah kolam renang. Siap ada kolam untuk lumba renang lagi~


~ Bukit Bendera Resort Mentakab Review - Breakfast ~

 

Disebabkan bilangan penghuni yang sedikit, sarapan pagi yang disediakan disini disediakan di dalam bilik yang kecil untuk para tetamu yang menginap hotel ini.

 

Waktu ini, pihak pengurusan telah menghidangkan makanan masakan tradisional seperti Nasi Lemak, Mee Goreng, Buah-buahan dan juga minuman panas seperti Teh dan juga Kopi. Rasanya biasa-biasa sahaja.

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment