Wednesday 24 October 2018

Changsha Business Trip (Part 1) - Arrival at Changsha, China

Perjalanan kami untuk ke Changsha China pada kali ini bermula pada jam 1.30 petang di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2) dengan menaiki Air Asia Airlines, dimana dijangka akan tiba di Changsha lewat malam (disebabkan oleh transit di Bangkok, Thailand).

 

Menurut kepada study yang telah kami lakukan, penerbangan terus ke Changsha China hanya boleh didapati pada hari-hari yang tertentu sahaja dan bukannya setiap hari. 

Maka, disebabkan oleh itu, kami terpaksa untuk transit di Bangkok, Thailand terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Changsha, China.



~ Arrival at Changsha, China - Transit in Bangkok, Thailand ~

 

Kami transit di Bangkok, Thailand lebih daripada 3 jam untuk menunggu untuk penerbangan seterusnya ke Changsha, China. Namun harus mengetahui bahawa untuk transit ini, kami terpaksa keluar ke pintu ketibaan dan masuk semula ke dalam pintu pelepasan, melalui proses immigration semula.

 

Disebabkan terpaksa keluar ke pintu ketibaan, maka kami terpaksa mengisi Borang Immigration Thailand seperti pengunjung yang lain. Ini adalah penting bagi setiap penunjung yang ingin transit di Bangkok, Thailand untuk ke destinasi yang seterusnya.

Oleh itu, anda harus meminta borang immigration tersebut pada kelasi kapal terbang dan mengisinya supaya anda tidak tergesa-gesa ketika tiba di lapangan terbang nanti.


~ Arrival at Changsha, China - Travelling with AirAsia Thailand ~

 

Menu yang disediakan dengan menaiki AirAsia Thailand memang berbeza dengan hidangan menu AirAsia Malaysia (disediakan dengan kerjasama Santan). Untuk memastikan bahawa kami boleh makan, maka kami telah memesan hidangan seafood yang diberi nama Phad Thai.

 
Phad Thai yang disediakan oleh AirAsia Thailand~

Makanan Phad Thai ini sangat simple, dengan kehadiran Kuey Teow halus, Daun kuchai, hirisan telur dan beberapa perencah lain (terasa seperti ada kehadiran kekacang halus di dalam hidangan ini. Rasanya boleh tahan, sesuai dijadikan sebagai pengalas perut yang kelaparan ini.


Perjalanan dari Lapangan Terbang Bangkok ke Lapangan Terbang Changsha mengambil masa perjalanan kira-kira 4 jam lamanya.


~ Arrival at Changsha, China - Reaching Changsha International Airport ~

 

Dengan kerabakan mata dengan perjalanan yang mengambil masa lebih daripada 8 jam menyebabkan kami amat penat meskipun mempunyai masa untuk tidur di sepanjang perjalanan (sebenarnya saya  yang tidak dapat melelapkan mata).

Memang benar kata para pelancong yang melancong ke lokasi-lokasi yang jauh daripada tanah air masing-masing, perjalanan yang lama memang memenatkan fizikal dan mental.

Setelah selesai berurusan dengan pegawai Imegresen China, seterusnya adalah perjalanan ke hotel pula. Di sini, anda akan di duga dengan pelbagai jenis ulat-ulat yang bekerja sebagai pemandu Didi (salah sebuah aplikasi seperti Grab dan Uber di China), namun anda boleh mengelakkan daripada tertipu dengan beberapa tips dibawah.

Menurut kepada bahan bacaan yang boleh didapati melalui Internet, Aplikasi Didi di China ini telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 2 pelancong wanita yang datang ke China dan pihak aplikasi langsung tidak mahu berkongsi data peribadi pemandu tersebut.

 

Oleh itu, cara yang paling selamat adalah dengan menaiki teksi lapangan terbang. Untuk menaiki teksi ini, setibanya anda di Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha, anda perlu keluar daripada lapangan terbang dan menuju ke bahagian kanan.


Disinilah terletaknya lokasi untuk menaiki Teksi Lapangan Terbang dan anda tidak akan sesat, dijamin oleh saya sendiri kerana saya telah berjaya sampai ke destinasi yang dituju (walaupun ada masalah komunikasi, ianya tidak menjadi masalah jika anda tunjuk alamat yang anda ingin pergi).

Setelah anda beratur, anda akan dibawa ke destinasi yang anda ingin tujui. Bagi tambang teksi pula, cas yang dikenakan sewaktu anda naik sahaja sudah dikira 10 Yuan (kira-kira RM 6.00), dan kami sampai di hotel yang berjarak kira-kira 20 KM dari lapangan terbang Changsha ini hanya dikenakan tambang sebanyak 84 Yuan sahaja (kira-kira RM 50.00).



**********

Maka bermula lah perjalanan kami di sebuah tempat yang agak asing bagi kami, dikatakan bahawa negara China ini merupakan sebuah negara yang menjadi titik permulaan kuasa ekonomi di rantau Asia.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini, nantikan perkongsian ssaya yang seterusnya di sepanjang kami berada di Changsha ini.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment