Friday 26 October 2018

Changsha Business Trip (Part 2) - Huatian Changsha Hotel, Changsha

Tepat pada tengah malam waktu tempatan (sebenarnya tiada beza diantara perbezaan waktu diantara China dan Malaysia kerana kedua-duanya menggunakan GMT+8), kami pun sampai ke destinasi yang akan kami duduki selama tiga (3) hari dan dua (2) malam di Changsha, China.

 

Nama hotel yang kami duduki ini bernama Huatian Changsha Hotel, terletak di tengah-tengah bandar Changsha, China, yang telah ditempah melalui aplikasi Agoda. 

Maklumlah, pertama kali ke sini, memang terbukti aplikasi seperti Agoda ini memudahkan segala urusan berkenaan dengan tempat tinggal.



~ Huatian Changsha Hotel, Changsha - The Hotel's Floor Level ~


 

Betapa besarnya hotel ini, ianya dibahagi kepada 2 menara; Menara A dan Menara B. Kebanyakan bilik penginapan ditempatkan di Menara B, bermula dari tingkat 8, tingkat 11 sehingga tingkat 28. Lain-lain kemudahan yang disediakan seperti Gymnasium,  Bilik Yoga, Gelanggang Badminton dan Gelanggang Tennis.

Terdapat juga beberapa dewan besar disediakan disini, membuatkan ianya mendapat rating sebanyak 5 bintang (termasuk kebersihan, keselesaan, perkhidmatan dan lain-lain lagi).


~ Huatian Changsha Hotel, Changsha - Hotel Room ~


 

Bilik yang telah kami tempah adalah merupakan sebuah bilik yang mempunyai 2 Queen Size Bed yang cukup besar dan luas, serta bilik ini disediakan dalam keadaan yang bersih dan tidak berbau.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil, menunjukkan suasana bilik hotel yang ditawarkan di Huatian Changsha Hotel ini.


 
 
Resting Area with fruits as a welcoming treats~

 
 
Some of the standard plug point used in China~

 
 
Our cardholder received during the registration, with important information~

 
 
 
Some useful information that you can get as the first timer in this hotel~

 
Complementary from the hotel~

 
Pemandangan bandar Changsha dari bilik~

 
And lastly, the queen sized bed. Siap boleh nampak bilik air lagi~


Nampak cantik sahaja bilik air dari ruangan bilik tidur, membuatkan perasaan teruja saya untuk menerokai kawasan bilik air pula.

~ Huatian Changsha Hotel, Changsha - The Bathroom ~
 

Keindahan bilik air dari luar memang membuatkan saya terpegun, lebih-lebih lagi dengan pencahayaan yang menarik di dalamnya. Dari ruangan tidur, anda boleh melihat suasana dalaman bilik air namun ianya boleh ditutup dengan menggunakan tirai yang disediakan.

Seterusnya adalah beberapa pekakas dan peralatan yang disediakan di dalam bilik air Huatian Changsha Hotel, seperti di dalam gambar dibawah.

 
Tuala mandi~

 
Tempat shower untuk membersihkan badan~

 
Tempat melepaskan hajat dimana air paip tidak disediakan~

 
Tempat basuh tangan~

 
Bathtub yang kami tidak berpeluang menggunakannya disebabkan jadual yang padat~


~ Huatian Changsha Hotel, Changsha - Almost Deceived ~

Harus diingatkan kepada para pelancong yang duduk menginap Huatian Changsha Hotel, lebih-lebih lagi lebih daripada satu malam kerana kejadian ini benar-benar berlaku pada kami.

Sewaktu kami ingin mendaftar keluar pada hari yang ketiga (setelah dua (2) malam menginap hotel ini), anda harus ingat bahawa setiap barangan yang disediakan di dalam bilik terutama bilik air adalah dibayar. Pada ketika ini, kami dikenakan cas keatas barangan yang kami tidak guna.

Kami perasan bahawa kehilangan beberapa barangan berlaku pada waktu kami tidak berada di dalam bilik, dimana ketika itu, pihak pengurusan hotel membuat servis membersihkan bilik. Setiba kami ke dalam bilik semula, memang beberapa peralatan telahpun tiada.

Ketika kami mendaftar keluar, pihak hotel telah mengenakan cas kepada kami. Oleh itu, anda harus berwaspada tentang barangan sekeliling dan jangan ambil barang-barang tersebut jika anda tidak menggunakannya. 

Pihak hotel sanggup melakukan apa sahaja untuk mengenakan cas atau pembayaran kepada para pelancong, lebih-lebih lagi kepada pelancong dari luar negara!

Jangan tertipu!


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment