Wednesday 17 January 2018

Surabaya Travelicious (Part 17) - Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo - Part 3)

Di bahagian kedua, saya telah menceritakan berkenaan dengan 3 kawasan di dalam Batu Secret Zoo yang telah kami lawati; Kawasan Monyet, Kawasan Mamalia dan juga Kawasan Reptilia.

 

Pada post ini, saya akan berkongsi dengan anda 4 lagi kawasan yang menarik di dalam Batu Secret Zoo; Kawasan Akuarium, Kawasan Ular, Kawasan Burung dan juga Kawasan Harimau.

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang seterusnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16<<

~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - Aquarium Zone ~

 

Kawasan Akuarium ini adalah merupakan kawasan yang ke-empat kami lawati di dalam JATIM Park 2 pada hari yang ke-empat. Kawasan ini berhampiran dengan kawasan Mamalia (Alpaka) dan juga pintu masuk ke kawasan Reptilia.

 

Kawasan di dalam Akuarium ini adalah gelap, dimana memberikan suasana seperti berada di dalam dasar lautan sambil melihat ikan-ikan dan juga hidupan laut di sini. Ayuh saya kongsikan hidupan-hidupan laut yang boleh didapati di dalam kawasan ini.

 

Antara ikan kecil yang ditunjukkan di dalam kawasan Akuarium adalah Ikan Red Bellied Piranha yang boleh didapati di kawasan sungai-sungai Amerika Selatan, dimana ianya disebut sebagai Caribes oleh penduduk Venezuela. Ikannya comel-comel sahaja, tetapi tidak sangka ianya adalah Piranha.

 

Selain daripada ikan, Tapak Sulaiman juga menjadi tumpuan kami di kawasan Akuarium ini. Kita jarang sekali melihat Tapak Sulaiman sedekat ini dengan bentuknya yang unik. Biasanya kita melihat Tapak Sulaiman yang bernama Patrick dari cerita Spongebob sahaja.

 

Penyu Laut juga turut menjadikan tumpuan kami di dalam kawasan akuarium ini. Di sini, anda boleh melihat penyu ini berenang-renang dari jarak yang dekat, namun Isteri saya terasa agak kasihan kerana penyu ini tidak berteman dan hanya berenang-renang keseekoran diri.

 

Agak-agak anda akan terkejut sekiranya terdapt Kerinci Laut dipamerkan di dalam kawasan Akuarium ini? Kerinci yang juga dikenali sebagai Arnab ini dikatakan hidup di dalam laut, namun adakah anda percaya?

 

Memang banyak yang anda boleh pelajari dengan melihat hidupan-hidupan laut yang berada di dalam Kawasan Akuarium di JATIM Park 2 ini, kebanyakannya adalah daripada spesis-spesis yang tidak boleh didapati di Malaysia.

Jom kita teruskan pengembaraan kita ke kawasan yang seterusnya!


~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - Snake Zone ~

 

Kawasan yang seterusnya adalah Kawasan Ular, dimana anda boleh melihat pelbagai jenis ular di dalam tempat kaca disini. Ular-ular yang terdapat disini terdiri daripada ular yang tidak bahaya sehingga ular yang paling bahaya. Ingin tahu antara ular yang paling bahaya?

 

King Cobra, atau lebih dikenali sebagai Ular Tedung ini merupakan salah satu daripada ular yang anda dapat lihat di dalam JATIM Park 2 ini. Memang berani betul isteri saya ini, siap mengusap-usap kepala Ular Tedung ini.

Disebabkan terlalu bahaya, kami mengambil langkah yang laju untuk meninggalkan tempat ini dan seterusnya bergerak ke kawasan yang lain.


~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - Bird Zone ~


 

Kawasan burung di Jawa Timur Park 2 ini tidak banyak, dimana salah satu daripadanya adalah Burung Rangkok Badak atau lebih dikenali sebagai Burung Enggang ini terletak berhampiran dengan kawasan Mamalia.


 

Berhampiran dengan lokasi burung Rangkok Badak, anda boleh melihat burung Kasawari yang cantik, berwarna kebiruan yang diberi nama Dwarf Cassowary. Burung ini dapat berlari dengan kelajuan 50 km sejam dan berupaya melompat setinggi 1.5 meter.

Namun, di JATIM Park 2 ini tidak banyak memamerkan burung-burung yang terancam. Hanya burung-burung seperti diatas sahaja yang boleh dilihat di sini.


~ Jawa Timur Park 2 (Batu Secret Zoo) - Tiger Den Zone ~


 

Kawasan yang terakhir untuk post kali ini adalah Kawasan Harimau, dimana lebih dikenali sebagai Raja Rimba di Asia Tenggara. Di sini, terdapat lebih daripada 5 jenis harimau yang menjadikan Jawa Timur Park 2 ini sebagai habitat mereka disebabkan oleh ancaman dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


 

Harimau yang pertama yang anda boleh lihat adalah Bengal Tiger, berasal dari Asia. Sejak tahun 2008, harimau ini telah disenaraikan sebagai spesis yang terancam oleh IUCN Red List, sebuah badan dunia yang ditubuhkan pada 1964 untuk menganalisa risiko kepupusan beribu-ribu jenis haiwan di dunia.


 

Kedua adalah Sumatera Tiger yang berasal dari Indonesia. Harimau ini telah dimasukkan di dalam kategori spesis yang hampir pupus pada tahun 2008 dengan jumlah kurang dari 400 ekor sahaja.


 

Selain dari harimau-harimau diatas, seekor lagi harimau di JATIM Park 2 ini telah menangkap perhatian kami; Harimau Putih (Albino Tiger). Harimau jenis ini memang jarang kelihatan di dalam dunia dan juga merupakan spesis yang hampir pupus. Albino, yang merupakan sebuah penyakit, menyebabkan kulit harimau ini menjadi putih.


 

Banyak ilmu-ilmu pengetahuan yang anda boleh dapati dan pelajari berkenaan dengan harimau-harimau di JATIM Park 2 ini, termasuklah jenis-jenis spesis harimau yang masih lagi hidup di dalam dunia ini seperti Harimau Sumatera, Harimau Malaya, Harimau Siberia, dan lain-lain.


**********

Kawasan Jawa Timur Park 2 ini sungguh besar, dimana satu atau dua post berkenaan dengannya masih tidak mencukupi. Oleh sebab itu, saya akan sambung perkongsian pengalaman saya di JATIM Park 2 ini pada post yang seterusnya.

Post saya yang seterusnya akan menjadi bahagian terakhir untuk bahagian Zoo, dimana saya akan berkongsi dengan anda beberapa kawasan yang terakhir seperti Kawasan Savannah, Penyewaan e-bike dan beberapa lokasi untuk berhenti dan menjamu selera di sekitar kawasan JATIM Park 2.

Nantikan perkongsian diatas ini pada post yang akan datang. Jumpa lagi. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment