Monday 8 January 2018

Surabaya Travelicious (Part 13) - Coban Rondo Waterfall, Pandesari

Dari Omah Kayu yang terletak di Gunungsari, kami meneruskan perjalanan kami ke Coban Rondo Waterfall yang terletak di Pandesari pula.

 

Meskipun namanya adalah Coban Rondo Waterfall, tetapi di Coban Rondo ini bukan sahaja terdapat Air Terjun seperti namanya. Apakah perkara dan akiviti yang ada di Coban Rondo Waterfall ini?

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12<<

~ Coban Rondo Waterfall, Pandesari - The Entrance ~

 

Kami tiba di Coban Rondo kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan dari Omah Kayu yang mengambil masa kira-kira 30 minit di dalam kenderaan pengangkutan kami.

 

Terdapat banyak benda-benda yang menarik di kawasan tempat letak kenderaan di Coban Rondo ini, dan salah satunya adalah patung harimau ini.

 

Di ruangan luar Coban Rondo ini terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh laksanakan seperti diatas. Namun, pada hari hujan, beberapa aktiviti diatas seperti "Flying Fox" tidak dapat dijalankan kerana talinya akan menjadi licin dan membahayakan pengunjung.

Tanpa membuang masa, Ayuh kita melihat aktiviti-aktiviti yang anda boleh laksanakan disini.


~ Coban Rondo Waterfall, Pandesari - The Maze ~


 

Di Coban Rondo Waterfall ini terdapat sebuah Maze yang juga dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Labirin, dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5 petang waktu tempatan.


 

Ketinggian pokok-pokok yang tumbuh, membentukkan dinding Maze ini adalah dianggar setinggi 2.5 meter dan ianya dipenuhi dengan daun-daun dari pokok tersebut. Memang boleh menyesatkan sekiranya anda seorang diri dan tidak dapat mengecam laluan yang telah anda lalui.


 

Namun, didalam kekeliruan perjalanan kami ini, terdapat beberapa kawasan dan bahagian yang cantik dan menawan. Ianya sungguh sesuai untuk menjadi tempat untuk mengambil gambar di dalam Maze ini.


~ Coban Rondo Waterfall, Pandesari - Beautiful Landscape ~


 

Selain daripada kawasan Maze yang menyesatkan, terdapat juga beberapa kawasan yang sangat cantik dan memang menjadi pusat tumpuan kami untuk bergambar.



 
Gambar yang diambil oleh Supir (dan juga merupakan Juru Gambar Professional)~


~ Coban Rondo Waterfall, Pandesari - The Waterfall ~

 

Perjalanan dari kawasan Maze ke kawasan Air Terjun di dalam kawasan Coban Rondo ini agak jauh, memerlukan perjalanan dengan menaiki kenderaan. 

 

Dari kawasan tempat letak kenderaan ke tapak Air Terjun ini memerlukan tenaga yang berlebihan kerana perlu berjalan kaki untuk tiba di lokasi ini.


 

Banyak papan tanda-papan tanda yang berada di kawasan ini, perlu dipatuhi sekiranya berlaku sesuatu seperti diatas. Di kawasan Air Terjun, sekiranya berlaku hujan, air akan menjadi lebih deras dan boleh mengakibatkan berlakunya Kepala Air.


**********

Pemandangan di sekitar Coban Rondo Waterfall ini memang dipenuhi dengan suasana alam semulajadi; kicauan burung dan juga bunyi air terjun yang memukul batu di dasarnya.

Disebabkan kami tiba di kawasan ini sudah lewat petang (kira-kira jam 5 petang, maka kami tidak berpeluang untuk meronda dipersekitaran Coban Rondo ini.

Saya dimaklumkan juga bahawa kawasan ini memang sesuai untuk para pelancong untuk membeli buah tangan seperti keychain dan beberapa pek kerepek kerana harganya memang lebih murah jika dibandingkan dengan lokasi-lokasi yang lain.

Sampai disini sahaja perkongsian dari saya. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment