Thursday, 4 January 2018

Surabaya Travelicious (Part 12) - Omah Kayu, Gunungsari

Lokasi kami pada hari yang ketiga ini diteruskan lagi setelah mengisi perut di Warung Ma' Um, Tongas ke Omah Kayu, Gunungsari. 

 

Dari Warung Ma' Um, Tongas ke Omah Kayu yang terletak di Gunungsari ini mengambil masa kira-kira lebih daripada 3 - 4 jam perjalanan dengan menaiki kenderaan, mengikut keadaan trafik.

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11<<

~ Omah Kayu, Gunungsari - The Location ~

 

Jarak lokasi ini lebih kurang 100KM daripada Warung Ma' Um yang terletak di Tongas. Omah Kayu ini dikatakan sebagai sebuah hot spot para pelancong yang datang untuk menikmati pemandangan dan suasana kawasan perumahan di kawasan lereng bukit.


~ Omah Kayu, Gunungsari - Outside Scenery ~


 

Sebelum kita memasuki kawasan Omah Kayu, apa kata kita melihat kawasan sekeliling terlebih dahulu. Terdapat pelbagai kawasan-kawasan yang menarik boleh didapati dan seterusnya mengambil gambar kenang-kenangan disini.


 
 

Dari kawasan ini, anda sudah boleh melihat beberapa kelompok bangunan-bangunan di sekitar kawasan Gunungsari ini. Memang agak padat kelompok-kelompok bangunan disini.


 

Suasananya yang nyaman (tidak sejuk) di kawasan ini juga amat sesuai kepada anda yang inginkan ketenangan dengan melihat di alam semula jadi, awan-awan dan juga burung-burung yang berterbangan di sini.


 

Sekiranya anda tidak sempat untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim, anda boleh menunaikan solat di Rumah Solat yang terletak di tempat letak motorsikal. 


Namun, diharap anda semua tidak terkejut kerana ruangan solat ini dikongsi bersama-sama dan tiada penghadang seperti di Malaysia.

 

Demi menjaga kebersihan kawasan ini, pihak berkuasa tempatan telah meletakkan beberapa papan tanda amaran. Maka, sekiranya anda seorang manusia, sudah semestinya anda faham akam maksud ini.


~ Omah Kayu, Gunungsari - The Entrance ~


 

Inilah rupa pintu masuk ke Omah Kayu yang terletak di Gunungsari, dimana pintu utama ini akan membahagikan 2 kawasan yang berbeza; Omah Kayu dan Taman Langit.


 

Bayaran yang dikenakan kepada seorang untuk masuk ke dalam kawasan Omah Kayu ini hanya 10,000 Rupiah (RM 3.00) sahaja dan anda boleh menikmati suasana di dalam hutan serta bergambar di Rumah-rumah kayu yang terletak di lereng bukit.


 

Tanpa membuang masa, ayuh kita berjalan ke dalam kawasan Omah Kayu ini.


~ Omah Kayu, Gunungsari - To Rumah Kayu at Omah Kayu ~


 
Apabila anda masuk ke dalam, anda akan tiba di satu checkpoint dimana ianya adalah had untuk anda membawa stroller masuk kedalam. Ini adalah disebabkan jalan yang akan kami lalui adalah jalan hutan.
 
 

Jalan yang saya tunjukkan di gambar yang pertama adalah merupakan jalan sebelum sampai ke checkpoint, manakala jalan pada gambar dibawahnya adalah merupakan jalan selepas checkpoint.

 

Sebelum anda menerokai kawasan ini, anda boleh melihat pelan lokasi rumah-rumah kayu di checkpoint ini. Terdapat lebih kurang 12 buah rumah kayu di kawasan ini yang boleh anda lawati dan mengambil gambar.

 

Di sepanjang perjalanan kami, kami telah disambut oleh beberapa pintu gerbang yang mempunyai unsur-unsur kehutanan seperti diatas, memberikan ianya salah satu lokasi yang sesuai untuk bergambar.

Kami terpaksa bergegas ke kawasan Rumah-rumah Kayu disini kerana kami mengejar masa.


~ Omah Kayu, Gunungsari - The Hill House ~

 

Setelah kira-kira berjalan menuruni bukit selama kira-kira 5 minit, maka akhirnya kami tiba di kawasan Rumah Kayu yang pertama. Oleh sebab kami mengejar masa, maka kami hanya singgah di lokasi ini sahaja.


Berikut adalah beberapa gambar yang diambil di sekitar kawasan ini.


 
 
Bersama Izzat menunjukkan Rumah Kayu di lerengan bukit~

 
 
My Family Portrait~


 
 
Izzuddin's Family Portrait~

 
 
 
Hello dari jiran sebelah rumah~

 
Portrait Forever Alone Najwa~

**********

Terdapat banyak sangat tempat-tempat menarik yang lain yang anda boleh terokai seperti Giant Hammock yang boleh didapati di kawasan Omah Kayu ini.

Namun, untuk memasuki Giant Hammock ini, anda harus membayar 10,000 Rupiah (RM 3.00) seorang untuk memasuki dan mengalami sendiri berada di atas kawasan bukit.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Nantikan post saya yang seterusnya yang penuh dengan liku-liku pengembaraan yang memeningkan.

Apakah yang menunggu dan memeningkan kami di destinasi yang seterusnya? Nantikan!

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment